Saturday, December 13, 2014

Pertama Kali Ke BBW

Salam sejahtera,

Akhirnya sampai jugak abg long ke pemeran buku BIG BAD WOLF ( BBW ) ni yang telah diadakan di The Mines International Exhibition & Convention Center ( MIECC ). Pameran buku ini berlangsung dari 5 Dec sehingga 16 Dec dan pemeran ni buka 24 jam. Apa yang abg long tahun ini kali yang ke 7 pemeran buku ini diadakan oleh pihak BBW dan yang pasti diskaun untuk buku di sini adalah sehingga 95%.


Terus terang abg long katakan ini merupakan pertama kali abg long menjejak kaki di pemeran buku BBW. Dan kalau dah pertama kali tu perasan excited tu tak boleh nak di gambarkan dengan kata-kata. Iye la sebelum ni hanya tengok kat dalam gambar je buku-buku yang ada kat BBW ni tapi kali ni abg long sendiri lihat secara realitinya.


Seawal pagi abg long dah bergerak ke tempat pemeran BBW ni, selain nak elakkan kesesakan baik kenderaan mahupun orang ramai di BBW. Perjalanan alhamdulillah lancar dan bila sampai di tempat parking pun banyak yang kosong ia la awal pagi kan.



Bila masuk je ke tempat pemeran BBW ni abg long dah terbau bauan buku. Lupa pulak abg long nak bagitahu pemeran BBW kat MIECC ni diadakan di tingkat 1 dan apa yang pasti dengan pemeran buku BBW ni abg long rasa rambang mata mana satu untuk di pilih.







Walaupun hampir kebanyakkannya buku yang dipamerkan disini berbahaya inggeris tapi terdapat jugak buku yang berbahasa elayu.



Apa yang pasti Bagi mereka yang ulat buku, ini la syurga Bagi mereka salah seorangnya abg long :). Ini pulak hasil tangkapan abg long kat BBW.




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>