Thursday, December 11, 2014

Sharing Is Caring

Salam sejahtera,




Salah satu petikan dari artikel Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin ingin abg long kongsikan kepada anda.

kata-kata Sayyid Qutb - sebelum dihukum gantung mati - dalam suratnya kepada adik perempuannya Aminah Qutb. Surat itu kemudian dijadikan risalah kecil yang dinamakan Afrah al-Ruh.

Semasa usia saya dua puluhan saya pernah bermimpi berbicara dengan Sayyid Qutb dalam keadaan saya sedang membaca surat tersebut. Antara yang beliau sebut dalam suratnya: “Apabila kita mencari sudut baik dalam jiwa manusia kita akan dapati di sana kebaikan yang banyak yang barangkali mata tidak dapat melihatnya pada awal pandangan”

Beliau menyebut lagi: “Sesungguhnya kejahatan itu bukanlah sesuatu yang mendalam di jiwa insani sehingga ke peringkat yang kita bayangkan kadang-kala. Ia hanyalah kulit keras luaran yang manusia gunakannya untuk menghadapi kehidupan demi untuk bertahan. Apabila mereka beriman maka tersingkaplah kulit keras luaran itu, zahirlah buah manis yang menyelerakan.. buah manis ini hanya tersingkap kepada sesiapa yang mampu menjadikan manusia merasa aman di sisinya.. dengan keyakinan terhadap kasihnya.. dengan simpati yang hakiki atas masalah, kesakitan, kesilapan dan kebodohan mereka..dengan sedikit berlapang dada pada peringkat awal menjamin untuk merealisasikan itu semua. Ia lebih pantas dari sangkaan kebanyakan orang..”

“kecuali orang yang bertaubat, beriman serta mengerjakan amalan soleh, maka mereka itu, ALLAH akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan; dan ALLAH itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Furqan, ayat 70).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>