Friday, January 1, 2016

Alahai Remaja Oh Remaja

Salam sejahtera

Pada mulanya heboh dan jadi viral kau hilang, bila diri ku membacanya ramai yang simpati kepada orang tua mu lebih-lebih lagi si ibu yang melahirkan mu. Ramai yang mendoakan moga diri mu cepat ditemui, ramai yang mendoakan keselamatan mu.Panggilan telefon darimu memampangkan hati gundah ibu mu.



Tapi seribu kali sayang semua tu hanya sandiwara darimu. Cerita mu penuh dengan kepalsuan, penuh kebohongan, penuh dengan nista. Rupa-rupanya kau membohongi semua orang....Dimana nak aku salahkan.


Amboi ayat boleh tahan jugak walaupun tak la seperti novel tapi boleh la ( angkat bakul sendiri ni ). Agak-agak lepas tak kalau abg long nak buat novel..perasaan kan abg long ni.

Ok la melalui pulak abg long ni, abg long cuma nak luahkan apa yang abg long pendam pasal remaja yang hilang tu. Iye la menjadi viral baik kat dalam halaman sosial mahupun dalam akhbar.

Abg long nak tulis lebih-lebihkan nanti lain jadinya. Abg long cukup takat tu je la yang termampu abg long tulis, korang pula itu hak peribadi korang.

Apa yang abg long terfikir siapa yang salah dalam kes kehilangan remaja tu. Kena guna lagu banggau oh banggau ke nak cari penyelesaian tu. Ini bukan kali pertama terjadi dah banyak kali mungkin tarikh, tempat dan situasi je yang berbeza.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>