Saturday, January 2, 2016

Isteri Ku Gengster

Salam sejahtera

Terkejut jugak abg long bila baca tajuk besar sebuah akhbar utama hari ni. Tambahan lagi baru je 2 hari kita semua masuk tahun baru 2016. Syukur la orang umah abg long tak tergolong seperti itu.


Mengikut kajian dari akhbar tu kriteria lelaki aka suami yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak mempunyai keyakinan diri,kurang pengetahuan mengenai fungsi dan cabaran dalam perkahwinan. Dan mereka ini lah yang senang dimunipulasi dan si dominasi oleh para isteri.


Jadi antara tindakan yang dilakukan oleh para isteri jenis ini adalah menolak hubungan intim, keluar rumah tanpa kebenaran mengabaikan tanggungjawab dan mahu kesemua hendaknya diikuti.

Sekali lagi abg long nak katakan apa yangabg long tulis tu abg long ambik dari akhbar ye. Bukan apa abg long tak nak la diri abg long disalahkan pulak. Bukan takut tapi gerun.

Apa nak abg long katakan dalam perkahwinan ni bukan la seperti drama melayu atau novel ye. Bak kata seniman P Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri. Langit bukannya selalu cerah.

Kekadang kajian ni pun bukannya 100% betul, sebab kita tidak tahu cerita yang sebetul-betulnya berkenanan masalah suami isteri. Cuma abg long nak kongsikan sebagai rujukan dan pedoman kepada diri abg long dan juga korang yang dah berkahwin dan yang bakal berkahwin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>