Wednesday, January 20, 2016

Gila Bollywood Kembali Lagi

Salam sejahtera

Rasanya abg long dah ketinggalan dalam bab-bab movie bollywood ni mana taknya sana sini orang cerita pasal movie baru Shah Rukh Khan dengan Kajol, tambahan lagi lagu hit mereka Jannam Jannam. Terus terang abg long katakan abg long tak sempat lagi nak menontotnya tapi orang umah abg long kata ceritanya memang best.


Abg long ni dulu pun boleh dikatakan kaki cerita Bollywood jugak la tapi tu pun tengok pada jalan cerita la. Kalau ceritany ok dan hati ni serasi maknanya berulang kali la abg long tengok tapi tu dulu la masa bujang dan sebelum ada anak la. Sekarng ni lain la pulak jadinya, sejak dah jadi bapak budak ni ditambah lagi jadi kuli orang ni masa untuk layan movie terbatas la sikit. Mmm.. rasanya memang terbatas pun. Jadi tak dapat la nak abg long ulaskan pasal cerita hindustan terbaru tu la ye, ala korang boleh tengok sendiri cerita tu baru korang boleh nilainya sendiri.



Apa yang abg long perhatikan kegemilangan filem Bollywood ni dah kemabli semula kepada era 90an. Abg long masih ingat lagi waktu tu boleh dikatakan panggung wayang penuh dengan peminat fanatik filem Bollywood ni. Nak lagi cerita tu boleh menyebabkan air mata mengalir keluar tanpa dipaksa dan menyetuh hati. Maka dengan itu boleh dilihat orang akan mengrepeat-repeat la untuk tonton kembali cerita tu.

Kalau korang tak percaya la korang boleh tanya para peminat cerita Bollywood apa yang meletop pada era 90an tu. Apa yang abg long ingat salah satu cerita yang meletop ada la KUCH KUCH HOTA HAI. Cerita tu memang meletop la pada waktu tu dan kerana cerita tu jugak la filem Bollywood selepas tu menjadi kegilaan. Dan Perkataan Bollywood ni jugak la lahir daripada zaman kegemilangan filem hindustan era tu. Tapi kalau abg long silap korang perbetulkan la ye.


Tapi tak kira la filem Bollywood ke, Hollywood ke, Melaywood ke tetap ada pasang surut kegemilangannya. Yang pasti peminatnya tetap akan ada. Abg long pulak semuanya layan tapi kena dengan jalan ceritanya la ye. Apa yang pasti kita HAppy betul tak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>