Saturday, May 31, 2014

Insya-Allah, Pasti Ada Baiknya...

Salam sejahtera,

Ada seorang raja, punya seorang sahabat baik. Sahabatnya itu seorang yang bijaksana dan terkenal dengan ketakwaannya. Setiap apa yang berlaku kepada raja itu, pasti sahabatnya akan berkata. " Insya-allah, pasti ada baiknya". Kata-kata itu sentiasa diulang walaupun pekara yang berlaku adalah buruk dan menyedihkan.



Suatu hari, mereka pergi berburu dalam hutan. Berlaku kemalangan kecil menyebablan salah satu jari raja luka dan putus terkenal pisau. " Insya-Allah, pasti ada baiknya," kata sahabatnya.

Marahlah raja itu mendengarnya. Lantas disuruh pengawal membawa sahabatnya itu pulang lalu dipenjarakan. Pun begitu, sahabatnya itu tetap mengulangi ayat yang sama.

Semasa memberu, si raja tersesat dalam hutan. Terpisah daripada pengawal pengiring. Kebetulan dia ditemui oleh sekumpulan puak yang mengamalkan ritual pelik.

Maka, raja itu hendak dijadikan korban oleh mereka. Namum bila diperiksa, didapti raja itu cacat. Sedangkan puak itu harus menyediakan manusia yang sempurna fizikal untuk dijadikan korban ritual mereka.

Akhirnya, dilepaskan semula raja itu. Kembalilah dia ke istana. Segera dia membebaskan semula sahabatnya yang sebelum itu dipenjarakan.

"Saat engkau mengatakan 'insya-allah, pasti ada baiknya' ketika jariku terpotong, aku berasa marah. Namum, baru aku sedar bahawa kebaikkannya itu memang ada. Kerana jari yang hilang, aku selamat daripada menjadi korban puak yang tinggal di dalam hutan itu.

" Tapi aku ingin bertanya. Jika itu kebaikan untuk aku, apa pulak kebaikannya untuk dirimu apabila dipenjarakan?" Tanya raja.

" Pasti ada baiknya aku dipenjarakan. Jila aku masih bersamamu ketika itu, pasti aku yang akan dijadikan korban sebagai penggantimu. Sesuatu yang kita tidak suka atau membuat kita marah, mungkin ia adalah yang terbaik untuk diri kita. Insya-Allah, hanya dia yang lebih mengetahui rahsianya," jawap sahabat itu tersenyum.

SUMBER

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>