Monday, February 1, 2016

Ada Apa Dengan 1 Februari

Salam sejahtera

Aduhai lama jugak abg long tinggalkan blog kesayangan abg long ni, ia la kejap ada kejap senyap tiada cerita terkini kan. Entah la nak kata takda masa tu bohong la kan, masa memang ada tapi otak ni je beku je bila nak menulis dalam blog ni. Kalau abg long tulis pekara yang merapu lain pulak jadinya nanti. Tak pasal-pasal korang malas pulak nak baca hehehe ( perasan la abg long ni ada peminat ). Apa yang pasti abg long cuba untuk maintain update cerita kat dalam blog abg long ni.

Ok la panjang la pulak intro merapu abg long pulak ni, terlebih dahulu abg long nak ucapkan selamat bercuti kepada korang yang bercuti pada hari ni ye. Bagi korang yang tak dapat bercuti seperti abg long ni, abg long ucapkan selamat bekerja takmoh sedih-sedih ye. Kita happy je,

Korang semua mesti tahukan setiap tahun pada 1 Februari kita akan menyambut hari Wilayah, jadi secara tindak langsungnya kita adakan dapat cuti umam tapi hanya untuk mereka yang berada dalam kawasan Wilayah Persekutuan Malaysia sahaja. Korang yang berada diluar kawasan tersebut takda cuti umum ye.




Korang tahu kan Wilayah Persekutuan, Kalau korang tak tahu biar abg long bagi tahu la ye...
Wilayah Persekutuan (Jawi: ولايه ڤرسکوتوان) ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala LumpurLabuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.( untuk detail lagi korang boleh rujuk kat sini ).

Setiap tahun tema bagi menyambut hari Wilayah Persekutan ni jugak akan berubah, korang boleh lihat kat bawah ni :
TahunTemaLokasi
2007Maju dan SejahteraDataran Merdeka, Kuala Lumpur
2008Wilayah Persekutuanku GemilangStadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur
2009Wilayah Maju, Warga SejahteraTaman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
20101Wilayah Persekutuan, Maju dan SejahteraDataran Merdeka, Kuala Lumpur
20111Wilayah Persekutuan, Menjuarai TransformasiDataran Merdeka, Kuala Lumpur
2012Rakyat Bersatu, Wilayah Persekutuan MajuDataran Merdeka, Kuala Lumpur
2013Perpaduan Teras Kesejahteraan, 1Wilayah PersekutuanStadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur

Untuk tema hari Wilayah Persekutuan tahun 2016 ialah


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>