Friday, February 26, 2016

" Kasta " Realitinya Dalam Kehidupan Kita

Salam sejahtera

Amboi abg long tajuk tak boleh blah ni, lain macam je update blog kali ni. Abg long sendiri pun tak tahu macam mana nak mulakan. Idea tu memang la ada tapi isinya tak tahu lagi macam mana nak abg long ulaskan.

Apa yang boleh abg long katakan memang dah jadi lumrah dari dulu, kini dan selamanya, tak kira la dalam segi apa pun. " Berat mata memandang, berat lagi bahu yang kena tanggungnya ", lebih-lebih lagi jika diri sendiri yang terkena. Korang mungkin tak sedar atau buat-buat tak sedar kan tentang pasal kasta dalam kehidupan kita ni kan. Tapi korang jangan la pulak ingat kasta yang abg long maksudkan tu sama dengan kasta yang kita belajar dah yang korang tahu tu ( rujuk kat sini untuk detail ).

Realitinya memang macam tu tapi bukannya sama. Aik berbelit-belit pulak ayat abg long ni kan. Agak-agak korang boleh faham tak apa yang abg long tulis ni. Abg long harap korang faham la ye. Kalau korang tengok la ye amalan " kasta " ni memang ada dalam masyarakat kita baik melayu, cina dan lebih lagi india tapi dalam bentuk yang kita tak sedar la. Dan yang pasti dalam kehidupan kita jugak sistem ni jugak menjadi amalan kita ( dalam tak sedar la mungkin buat-buat tak sedar ).


Gambar hiasan

Golongan bawah di pandang hina, golongan atasan mereka merasakan ini mulia. Abg long bukan nak mereka-reka apa yang betul tapi memang itu la kenyataan dalam kehidupan kita. Tak kira siapa pun kita, apa pun warna kulit kita, walaupun dimana pun kita itu la kenyataan yang perlu kita semua hadapi. Mungkin korang tak sedarkan kenyataan ni kan. Hanya mereka yang terkena dan yang menghadapinya akan terasa.

Nak memberontak, hanya merka yang berhati kering je berani. Kalau hati yang ada taman tu abg long rasa baik fikir 100 kali. Bukan tak boleh nak suarakan ketidak kepuasan hati kita tapi yang pasti keputusannya pasti akan mengecewakan dan yang paling sadisnya kita di cantas.

Memang dalam islam mengatakan " manusia ni sama aja yang membezakan antara satu sama yang lain adalah taqwa", tapi hakikatnya kita yang beragama islam tak ikut apa yang telah di ajar oleh junjangan kita. Abg long bukan la nak kata abg long ni baik sangat-sangat ( abg long cuba nak berubah ), dan abg long ni jugak bukan la nak kata diri ni sempurna. Sebagai manusia kesilapan,kesalahan,kelalaian dan yang sewaktu dengannya tak mungkin terlepas dalam kehidupan abg long.

Sebagaimana yang telah abg long tulis, hakikat kehidupan kita semua macam tu la. Nak tak nak kita kena hadapi, nak tak nak kita kena tembuhi. Hanya sabar dan redha je la yang dapat memujuk diri ni dengan apa yang telah berlaku. Nak bersuara kena bayak fikir, nak memberontak tiada keberanian ( bukan pengecut ye ).
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>