Sunday, February 28, 2016

Terkena 3 Serangkai La Pulak

Salam sejahtera

Bila terkena macam ni, rasa lemah seluruhnya. Apa yang di buat rasanya semua tak kena. Yang paling abg long tak suka bila benda ni ada kat abg long. Bukan la abg long nak mengnidak atau dengan kata mudah nak menolak kehadirannya. Abg long terimanya dengan hati yang terbuka. Iya la apa yang berlaku tu ada hikmahnya yang tersendiri. Kita sebagai manusia yang lemah ini terima apa yang telah ditakdirkannya. Yang penting kita ikhtiar untuk menghilangkannya.

Apa yang berlaku ke atas abg long ni abg long anggapkan sebagai penebus dosa yang pernah abg long lakukan baik secara sedar mahu pun yang tak sedar. Dan apa yang abg long harapkan abg long kuat hadapinya.

Amboi abg long jiwang sikit nampak...hehehe takda la jiwang nak tulis ayat pun kekadang entah betul entah tidak. Sebenarnya abg long kiranya ni dah merapu sebenarnya, mana taknya dah masuk 3 hari selsema, batuk dan deman. Tu yang abg long kata " 3 serangkai " tu, telinga pun dah rasa macam nak tersumbat dah.

Apa yang abg long risaukan takut ia berjangkit pulak kat my hero pulak. Dah la my hero ni time nak tidur mesti nak kena dodoi ( tu pun tengok keadaan ), abg long harap la my hero ni tak terkena jangkitan "3 serangkai " abg long.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>