Friday, February 26, 2016

Menu Tengahari Abg long

Salam sejahtera,

Aduhai lama sungguh abg long tak kemas kini aka update blog ni, iye la kejap timbul kejap tenggelam ada kala tu tak timbul-timbulkan. Nak kata ada macam ada takda, nak kata takda ada la pulak kan. Apa pun layan je la kan.

Ok la waktu-waktu macam ni mesti korang tengah makan kan, apa menu korang ye share la kat sini mana tahu kot-kot abg long boleh cuba menu korang pulak. Menu abg long simple je nak pulak time sekarang ni yang panas. Hanya menu ni je yang membuka selera abg long dalam dua tiga hari ni.


ini la menu abg long

Tu la menu abg long, nak makan nasi takda selera la pulak kekadang makan malam abg long pun tu je, sampai orang umah dah perli abg long kata abg long nak kurus tak nak makan nasi. Nak buat macam mana dengan cuaca panas sekarang ni hanya tu yang menyelerakan.

Alang-alang abg long tulis pasal menu abg long ni abg long nak kongsi la dengan korang khasiat tembikai ni, ( abg long pun baru tahu sebenarnya ) sebelum ni tahu makan je.



Khasiat tembikai :

1. Mencegah penyakit asma
Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma .

2. Mengawal tekanan darah
Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik. Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.

3. Mencegah Kanser
Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.

4. Membantu Penghadaman
Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

5. Penghidratan
Mengandungi 92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan ini.

6. Mengatasi masalah keradangan
Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik

7. Mengurangkan kesakitan Otot 
Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.

8. Kulit yang sihat 
Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.

Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan, untuk mempunyai kulit dan rambut yang sihat. 


Buah ini juga kaya dengan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan. Pengambilan sepotong buah tembikai sudah cukup untuk memenuhi keperluan vitamin badan anda selama setengah hari.

9. MELINDUNGI MATA
Selain vitamin C, buah tembikai juga mengandungi Vitamin A. Vitamin A sangat baik untuk melawan infeksi serta mencegah penurunan daya penglihatan anda.

10. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Tembikai kaya dengan kalium. Pengambil setengah biji buah tembikai membolehkan badan manusia memperolehi kira-kira 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

11. MENGANDUNGI ASID FOLIK
Selain kalium, tembikai juga mengandungi asid folik iaitu sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung.

12. RENDAH KALORI
Tembikai mengandungi kalori yang rendah. Ia terdiri daripada 92% air , menjadikan anda mudah kenyang. Oleh yang demikian, amalan memakan tembikai amat sesuai bagi anda yang sedang berdiet.

13. MENGURANGKAN NODA HITAM PADA WAJAH
Kulit buah tembikai mampu mengurangkan noda-noda hitam pada wajah. Caranya ialah dengan mencampurkan kulit tembikai yang telah dikeringkan dan dijadikan serbuk, timun serta daun lidah buaya dan dijadikan sebagai masker.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>