Monday, February 29, 2016

Kenapa La Engkau Kejam Sangat

Salam sejahtera

Abg long tahu bagaimana nak mulakan, abg long tak tahu apa yang nak abg long tuliskan bila melihatkannya. Perasaan...macam-macam ada kat dalam diri abg long ni. Sambil menemani si hero yang tengah beradu, abg long terfikir betapa kejamnya manusia ni. Nak kata ENGKAU tu ganas sangat, rasanya ada lagi makhluk yang lebih ganas pada ENGKAU bukan setakat tu je lebih kejam lagi.

Terus terang abg long katakan bila melibatkan hamba Allah yang lemah ni, terasa sebak bila dilakukan begitu rupa. Apa dosa hamba Allah tu, apa kesalahan yang telah hamba Allah tu lakukan sehingga ENGKAU kejam buat begitu. Tak ada sikit ke rasa bersalah semasa ENGKAU buat begitu. Kemanakah sifat kemanusiaan ENGKAU, tapi semua tu tak akan terjadi kan bila ENGKAU mempunyai sifat begitu.


Abg long teringat lirik lagu namun ku punya hati bila melihat kekejaman ini...

Senyum mu tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mata ku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua
  
Korang cuba perhatikan gambar kat bawah ni, apa yang korang rasa sekarang ni. Gambar ni bukan berlaku kat luar negara ye tapi kat malaysia, kat Kuala Lumpur dan paling sedih ia baru dilahirkan kat atas muka bumi ini.


kejamnya 
kejadian di Block C, Flat Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur

Entah sampai bila la kekejaman ini akan berakhir, abg long ikutkan malas dah nak tulis kisah macam ni. Iya la tiada kesudahan...cuma versi kejadian tu je mungkin ada kelainan. Bagi abg long orang yang melakukan pekara seperti kat atas tu memang GILA.
 
 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>