Monday, November 10, 2014

Cara Didikan Anak

Salam sejahtera,

Sejak abg long dah ada si kecil ni, boleh dikatakan banyak jugak la info dan bacaan yang abg long cari dalam mendidik si kecil abg long baik dalam media elektronik atau media cetak. Bukan semuanya abg long akan ikut tapi sebagai panduan untuk diri abg long dan jugak orang umah dalam memdidik si kecil ni . Ada setengah orang kata dalam mendidik anak ni kena ikut cara kita sendiri atau pun mengikut didikan orag tua kita yang pernah kita terima. Walauapa pun tepuk dada tanya tanya hati.

Gambar hiasan

Abg long nak kongi dengan anda panduan dalam mendidik anak yang abg long dapat daripada bacaan abg long. Panduan yang nak abg long kongsikan ini di ambik daripada Iman Al Ghazali yang mana ia mengikut ke hendak Al-Quran  dan juga ajaran Nabi Muhammad SAW.

Di bawah ini meruapakan panduan dari Iman Al Ghazali yang di petik daripada kitab beliau Syair as Salikin,

1- Wajib ke atas ibu bapa memelihara anak daripada segala kejahatan dan maksiat serta menyuruh anak berbuat kebaikan dan melakukan amal ibadat. Dosa anak terpikul di bahu orang tuanya jika dibiasakan anak dengan pekara kejahatan.


2- Melindungi anak daripada api neraka dengan memberikan didikan serta mengajarkan akhlak yang elok dan menjaganya daripada berkawan dengan orang yang buruk perangai dan tingkah laku.

3- Tidak membiasakan anak dengan bersenang-senang, bermewah-mewahan yang akan menyebabkan anak akan mensia-siakan usia mengejarnya apabila dewasa kelak.

4- Apabila anak ada perasaan mala ( tanda telah ' tamyiz' iaitu berkemampuan membezakan ), hendaklah mengasuhnya selaras dengan kehendak hukum syariat yang merupakan sebahagian daripada iman.

5- Mengajarkan anak adab sopan santun ketika makan dan perlu membiasakan anak memakan roti kosong tanpa lauk pada waktu tertentu agar terbiasa tidak perlu makan banyak. Menggalakkan anak bersifat murah hati dan tidak tamak dengan mengajarnya memberi makanan pada orang lain.

6- Menggalakkan anak memakai pakaian berwarna putih dan melarang anak lelaki memakai sutera dan melarangnya memakai pakaian berlawanan jantina.



7- Anak yang dibiasakan berkawan dengan anak yang biasa bermewah-mewah, bersenang-senang, bersuka-suka nescaya akan menjadianak yang bersifat buruk akhlaknya iaitu akan banyak berdusta, dengki, mencuri, kuat fitnah, suka berkelahi, banyak cakap, banyak ketawa serta banyak menipu.

8- Hendaklah selalu mengajak anak ke tempat pengajian pelajari Al Quran, Hadis, Tasawuf, kisah nabi dan kisah golongan Aulia serta orang-orang soleh.

9- Hendaklah melarang anak dari hanyut dari dunia hiburan, nyayian dan bercampur dengan golongan sebegini yang mempraktikkan hidup pergaulan bebas, aktiviti lagha yang melalaikan serta tidak berlandaskan budaya agama dalam kehidupan mereka.

10- Menyangjung, memuji, mengupah anak mereka apabila anak melakukan tingkah laku terpuji supaya membiasakannya mengekalkan berakhlak baik. Mengecam dan menegur anak secara bersembunyi atas kesalahan anak.

11- Hendaklah melarang anak tidur disiang hari kerana tubuh anak akan lemah dan ia akan tidak bersabar untuk menikmati keselesaan. Anak hendaklah dibiasakan unsur kurang selesa pada tempat tidur, pakaian dan makanannya.

12- Hendaklah melarang anak berbuat sesuatu secara sembunyi-sembunyi.

13- Hendaklah membiasakan anak tidak mendedahkan lutut dan segala auratnya.

14- Hendaklah melarang anak daripada perbuatan bermegah-megah pada kawan-kawannya. Biasakan anak merendah diri, hormat orang dan berlemah lembut ketika bercakap.

15- Hendaklah menjijikan anak akan perbuatan sukakan perhiasan-perhiasan dan aksesori yang berlebihan seperti sukakan emas dan perak.

16- Hendaklah membiasakan anak tidak berludah di tempat awam, tidak mengeluarkan hingus, tidak menggeliat, menguap di hadapan orang ramai, bertopang dagu, menyadar kepala di lengan kerana tanda malas dan kurang berhemah yang menjatuhkan martabat dan memalukan diri sendiri.

17- Hendaklah melarang anak banyak bercakap, ia petunjuk kurang sopan dan larang anak bersumpah sama ada benar atau palsu supaya tidak terbiasa.

18- Hendaklah membiasakan anak tidak memulakan percakapan dan sekadar menjawap apa yang ditanyakan orang serta mendengarkan baik-baik apabila orang tua bercakap dengannya.

19- Hendaklah melarang anak bercakap yang bukan-bukan, kotor, mengutuk, dan memaki orang. Dan melarang anak bercampur dengan orang yang bermulut celupar seperti itu.

20- Selepas anak mengaji Al Quran dan belajar izinkannya bermain-main yang elok dan beristirahat melapangkan fikiran setelah letih belajar supaya kecerdasannya tidak terbantut, tidak mematikan hatinya.

21- Kanak-kanak diajat menghormati dan mentaati ibu bapa dan tidak menderhaka, di ajar mentaati guru, pengasuh juga orang yang lebih tua darinya.

22- Ajarkan kanak-kanak hukum-hukum syariat, takutkannya dengan dosa-dosa mencuri, memakan yang haram, berdusta, berkhianat, bercakap kotor dan perbuatan buruknya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>