Monday, November 24, 2014

Apa Perasaan Anda

Salam sejahtera,

Tiada apa lagi nak abg long katakan setelah membaca sebuah cerita ini. Abg long yang telah bergelar ayah ni pun bercampur aduk dengan pelbagai perasaan dengan apa yang telah berlaku berdasarkan cerita itu.

Boleh dikatakan cerita ni telah menjadi viral di internal, abg long hanya kongsikan dengan anda semua cerita yang abg long maksudkan tadi untuk anda ambik pengajaran dan untuk kita fikirkan kewajarannya.


Gambar hiasan

Semalam, aku dapat seorang customer, seorang anak dan ayahnya datang. Ayah dia sakit kaki, macam tak berdaya nak berjalan. Aku pun berikan layanan.

Aku: Assalamualaikum pakcik, kami ada set handphone, laptop dengan barangan rumah. Ada tiga cara bayaran, cash, kad kredit dan ansuran mudah.

Ayah: Kalau ansuran mudah macam mana cara dia?

Aku: Kalau ansuran mudah, sediakan penyata gaji, salinan kad pengenalan dan penyata bank. Kalau malas nak pergi bank buat penyata bank, bagi je nombor akaun, saya buatkan penyata bank. Pakcik nak apa, saya kirakan sekali bayaran bulanannya. Paling maksimum bayaran boleh sampai tiga tahun saja.

Anak: Okay bang, berapa eh sebulan untuk iPhone 6 128GB dengan Samsung Note 4?

Aku: *terus ambil kalkulator kira*

Okay, kalau dua handphone, RM296 untuk sebulan selama 3 tahun.

(Sambil tersenyum aku tengok, muka pakcik itu yang macam resah. Aku tahu pakcik tu orang susah).

Anak: Okay, ayah jadi eh? Boleh eh?

Ayah: (Hanya mampu mengangguk mengikut kehendak anak dia)

Aku: Beli handphone sampai dua, satu siapa punya? Umur adik berapa?

Anak: Yang Samsung Note 4 itu saya punya, yang iPhone 6 128GB tu saya nak hadiahkan kepada makwe saya bang. Minggu depan hari lahir dia. Umur 15.

Aku: (Mengucap dalam hati, sambil geleng kepala. Ya Allah, macam ni sekali anak dia buat kat ayah dia? Ayah dia yang bayar bulan-bulan, senang-senang je anak bagi kat makwe dia).

Ayah dia terus keluarkan dokumen, aku tengok penyata gaji ayah dia sebulan cuma RM950.

Aku: Okay pakcik, nanti saya proses. Dalam masa seminggu akan dapat jawapan lulus ke tak.

Ayah: Okay, baik dik. Terima kasih. (Dengan wajah seperti pasrah dengan kehendak anak dia)

Aku: Sama-sama pakcik. Datang lagi.

(Aku senyum dengan rasa bersalah tengok keadaan ayah dia yang kaki tempang berjalan keluar). Ya Allah macam nak menangis tengok.

Sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>