Tuesday, March 1, 2016

Hari Pertama Dalam Bulan March

Salam sejahtera

Hari pertama untuk bulan ini, apa yang nak abg long tulis kan ye. Nak tulis yang merapu lain pulak jadinya nanti, nak tulis yang tak merapu rasanya macam takda idea je. Apa pun abg long doakan korang hari ni semuanya sihat dan ceria selalu. Dan yang pastinya memang korang boleh senyum hari ni. Mana tak senyumkan bulan Februari lepas dah turun hari ni pulak turun lagi. Alhamdulillah.

Korang mesti dah tahu kan, iye la apa lagi kalau tak minyak petrol. Cuma yang tak berapa nak syok tu minyak petrol dah turun tapi yang lain tu tak turun dan masih kekal. Abg long nak komen pun rasanya takda guna jugak, iye la walaupun kita pengguna tapi mereka yang berwajib tidak mengambil tindakkan yang sewajarnya umpama anjing menyalak kat bukit je la kita ni.

Cuma apa yang abg long nak tengok, berapa lama harga minyak petrol akan dapat bertahan. Dan tak lupa jugak pekara yang lain tu akan ada penurunan atau kenaikkan ataupun kekal.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>