Friday, March 18, 2016

Bila Abi Merajuk Dengan Si Hero

Salam sejahtera

Buruk la pulak bila tulis tajuk macam tu kan, iye la orang besar aka tua bila merajuk mesti nampak burukkan nak lagi bila merajuk pasal pekara kecil. Alahai orang tua mana la tu kan. Malunya aku...

Gambar Hiasan

Nak tergelak pun ada kan tapi tu la hakikatnya bila dah ada anak ni serba serbi kena mengalah walaupun kekadang tu boleh buat hati panas jugak. Mana taknya barang kita barang dia jugak dan pastinya memang jadi milik dia la. Apa pun sabar je la. Begitu la kehidupan abg long sekarang ni kena la banyak bersabar kekadang tu ada juga hilang sabar dengan kerenah si hero abg long yang makin nakal ni.


Dalam dua tiga hari ni si hero abg long boleh dikatakan meragam ada je yang tak kena padanya sikit-sikit nak nangis jika kemahuannya tak dipenuhi. Abg long dengan orang umah pening, iye la dah la si hero guna bahasa dia mana la nak faham. Alih-alih upin dan ipin la jadi penyelamatnya. Dan yang tak bestnya si abi aka abg long la pulak yang makan hati berulam jantung dengan si hero.

Satu kerja abg long pun tak boleh nak buat, dah laptop ni dia yang punya jadi suka hati si hero la nak buat apa. Abg long pulak jadi peneman dan kekadang tu si uminya. Jadi itu la kisahnya, dan kemas kini blog ni pun bila si hero dah tidur baru dapat abg long buat. Nak tulis panjang lagi risau pulak si hero terjaga. Apa pun abg long nak ucapkan selamat bercuti kepada korang semua yang mana bercuti ye.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>