Friday, March 18, 2016

Di Larang Menghembuskan Nafas Ketika Minum

Salam sejahtera

Mungkin kita tahu, mungkin jugak kita pernah dengar larangan menghembuskan nafas melalui hidung ketika minum. Tak kira la kat mana pun info atau maklumat yang kita perolehi tengtang larangan tu, tapi pernah tak kita terfikir kenapa larang tu dan juga sebabnya.

 Gambar Hiasan


Jika kita cari info baik dari media cetak mahupun media eloktronik, Islam telah mengajar kita daripada dulu lagi melalui Junjangan kita Nabi Muhamad SWA tentang cara minum aiar ni, malahan ia jugak diperkuatkan lagi dengan hadis antaranya,


Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar bekas air minum sebanyak tiga kali.” Dan Baginda SAW bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh kerana itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)

Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)

Melalui kajian Sains pulak, apabila kita bernafas melalui hidung ketika minum, kita akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang mana semua kita tahu gas karbon dioksida ini merupakan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan kita.

Maka dengan itu apa bila gas buangan ini dilepaskan melalui hidung semasa kita minum, gas karbon dioksida ini akan sebati dengan aiar mahupun wap air. Dengan itu ia akan mengubah komposisi air dimana menyebabkan air akan menjadi asid karbonat.

Apabila air berasid itu diminum, ia akan mempengaruhi keasidan yang terdapat dalam darah kita dimana pH yang terdapat dalam darah kita akan menurun. Ia jugak dikenali asidosis. Bagi mereka terkena asidosis ni, mereka akan berasa letih yang luar biasa, mengantuk, mual dan mengalami kebingungan. Kekadang tu bila tekanan darah rendah akan menyebabkan koma bahkan boleh membawa kematian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>