Wednesday, March 2, 2016

Muhasabah Diri : Mulut

Salam sejahtera

Sebenarnya tentang mulut ni dah abg long tulis tapi dalam versi yang berlainan dan yang pasti mengikut keadaan abg long masa tulis tu la ye. Sebelum tu apa yang abg long tulis bukan la nak menunjukkan abg long ni sempurna ke, alim ke, hanya abg long sorang yang betul ke bukan sama sekali semua tu. Tak kira la dalam post sebelum ni pun, apa yang abg long tulis untuk peringatan diri abg dan niat untuk berkongsi dengan korang. Mana yang elok jadi la tauladan, yang tak elok tu jadikan sempadan.

kreadit to Nik Wafdi

Mulut ni dapat mendatangkan pahala dan jugak dosa kepada kita semua, tak kira la siapa pun korang yang ada nama atau orang biasa-biasa je. Terus terang abg long katakan dalam kehidupan seharian kita ni dosa dan pahala sentiasa bertukar tempat tanpa kita sedari. Pagi kita buat pahala, tenghari dah buat dosa, petang kembali buat pahala dan malam kita buat dosa. Hanya orang yang betul-betul tekad dalam diri mereka yang inysallah akan dapat mengawalnya.


Sebab itu la manusia di katakan makhluk yang lemah, mungkin apa yang kita buat tu tak kita sedar. Dalam bab mulut ni macam tu la. Memang kita mengawal, tapi tanpa kita sedar dah terlepas. Orang-orang tua ada mengatakan " terlajak perahu boleh kita undur, terlajar kata bisa satu badan ". FITNAH datangnya dari mulut, dengan fitnah ni manusia sanggup berbunuhan.

Pada abg long la FITNAH ni terlalu umum, kenapa abg long kata begitu? sebabnya FITNAH ni sesuatu perkara yang bukan mendatangkan kebaikkan kepada abg long ( itu pemahaman abg long ye ).Terdapat berbagai-bagai jenis FITNAH yang diri abg long dan korang yang pernah buat, baik secara sedar, tak sedar atau buat-buat tak sedar.

Apa yang abg long tengok FITNAH ni lagi la buruk jika pelakunya yang jenih kopiah atau songkok dikepala. Mungkin niat nak bagitahu tentang kesalahan tapi bila dah bercerita sambil tu ketawa dah jadi lainnya. Nak kata tak tahu rasanya macam mereka tahu tapi buat-buat tak tahu kot. Apa pun bersangka baik je la.

“Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku. “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” QS. 17: 53

”Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik…” QS. 16:125

 “ Takutlah pada neraka, walau dengan sebiji kurma. Jika kamu tidak punya maka dengan ucapan yang baik “ Muttafaq alaih

“Ucapan yang baik adalah sedekah” HR. Muslim.

“ Barang siapa yang mampu menjamin kepadaku antara dua kumisnya (kumis dan jenggot), dan antara dua pahanya, saya jamin dia masuk sorga” HR. Al Bukhari

“Tidak akan istiqamah iman seorang hamba sehingga istiqamah hatinya. Dan tidak akan istiqamah hati seseorang sehingga istiqamah lisannya” HR Ahmad

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang bisa menjaga mulutnya, Allah akan tutupi keburukannya” HR. Abu Nuaim.

Abu Darda berkata : “Perlakukan telinga dan mulutmu dengan obyektif. Sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut, agar kamu lebih banyak mendengar dari pada berbicara.

Kekadang abg long terfikir perlukah kita begitu, bercerita sebgai modal kita untuk bersembang bersama dengan rakan-rakan kita. Gelak ceria di dalam warung makan sambil menanti waktu sembahyang. Seperti yang telah abg long katakan abg long bukan nak tunjuk abg long ni baik tapi apa yang abg long perhatikan untuk pengajaran kepada diri abg long. Abg long bukan nak menghukun tapi sebagai pendoman diri abg long yang menujuk ke era 4 siri ni.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>