Wednesday, January 22, 2014

Apa Dosa Si Kecil Ini

Salam Sejahtera...

Hanya manusia yang hati iblis sahaja sanggup melakukan pekara ini. Abg long cukup rasa sedih dengan apa yang telah terjadi kepada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ditemui mati di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka semalam. Mengikut lapor ketika mayat kanak-kanak tersebut dijumpai alam keadaan terbaring di lantai bilik air manakala masih terlekat kesan darah dan pakaian yang dipakai terangkat ke bahagian atas.

Daripada sumber yang abg long dapat kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Nursyafiqah Abdullah yang mana didapati hilang semasa ditinggalkan oleh ibunya di dalam kereta sewaktu ibu mangsa berjumpa dengan temannya disebuah restoran di Kuala Paka.

Takziah kepada keluaga mangsa moga sabar dengan dugaan ini.


Nursyafiqah Abdullah
Nursyafiqah Abdullah

Nursyafiqah Abdullah

1 comment:

Unknown said...

Berita terkini....

Ibu kanak-kanak yang ditemui mati antara empat ditahan polis...http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibukanak-kanakyangditemuimatiantaraempatditahanpolis/Article

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>