Wednesday, January 1, 2014

Selamat tahun baru 2014


Salam sejahtera...

Terlebih dahulu abg long nak ucapkan selamat tahun baru kepada anda. Berbagai cerita, pengalaman yang suka atau duka telah kita tempuhi dan yang telah kita alami sepanjang tahun 2013. Semua itu telah kita tinggalkan bak kata orang tua " yang baik dibuat tauladan, yang jahat di buat sempadan ".

Apa azam anda pada tahun baru ini? Mesti hebat kan. Bagai mana dengan azam tahun lepas? Adakah semuanya tercapai? Jika ada yang belum tu, apa kata forword ke depan :). Untuk abg long azam tahun ni, abg long nak selesaikan azam tahun lepas kerana masih terdapat lagi azam tahun lepas yang abg long tak tunaikan. Cuma tahun ini abg long nak tambah 1 atau 2 azam sahaja untuk kepentingan abg sekeluarga.

Pada tahun baru ini juga la abg long rasa kehidup kita semua pasti akan berubah. Apa yang berubah sama- sama la kita tunggu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>