Tuesday, January 7, 2014

Run Run Shaw Meninggal Dunia

Salam Sejahtera,

Pernah Tengok logo ni tak?





Abg long rasa jika anda peminat cerita Allahyarham Tan Seri P.Ramle logo ini sinonim dengan cerita beliau, tapi tahu kah anda siapa pemiliknya. Anda kenal dengan nama Run Run Shaw? Nak tahu dengan lebih detail boleh klik kat sini

Disini abg long nak share dengan berita kematian Run Run Shaw pemilik Shaw Brothers Studios,



HONG KONG: Penerbit filem terulung Hong Kong, Run Run Shaw meninggal dunia pada usia 107 tahun hari ini.

Shaw meninggal dunia di kediamannya di sini dan ditemani ahli keluarganya.

Kenyataan akhbar Television Broadcasts Limited (TVB) menyebut bahawa punca kematian beliau tidak diberikan. Shaw membantu menubuhkan TVB pada 1967.


Shaw adalah salah seorang tokoh berpengaruh dalam industri hiburan di Asia.

Shaw Brothers Studios menerbitkan kira-kira 1,000 filem kerana mempopularkan
genre kung fu sehingga mempengaruhi Quentin Tarantino dan pengarah handalan lain di Hollywood.

"Dengan wawasan dan tenaganya, beliau menubuhkan syarikat ini (TVB) dan kemudiannya muncul sebagai stesen televisyen utama di Hong Kong dan pemimpin utama dalam industri televisyen berbahasa Cina," kata TVB.
Shaw pernah menjadi Pengerusi Eksekutif TVB sehingga 2011 dan kemudiannya dilantik sebagai pengerusi emeritus.

Studio filem milik Shaw pernah dinobatkan sebagai yang terbesar di dunia turut membantu menaikkan nama pengarah terkenal termasuk John Woo.

Sementara itu, antara filem Melayu terbitan Shaw Brothers ialah Mutiara, Bermadu, Toping Saitan, Hanchor Hati, Ibu Tiri, Terang Bulan Di Malaya, Tiga Kekaseh, Mata Hantu, Gagak Hitam, Sergeant Hassan, Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Lanchang Kuning (1961), Penarik Becha, (1955), Bawang Puteh Bawang Merah (1959), Adam (1956), Laila Majnun (1933), Selamat Tinggal Kekasihku (1955), Toping Hitam, Keluarga Si Comat dan Tun Tejah. - Agensi

Sumber

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>