Wednesday, January 22, 2014

Kerana Cinta Ditolak

Salam sejahtera...

Abg long rasa ini boleh dikatakan kes sakit mental, kenapa abg long cakap macam tu?. Ini kerana berita hari ini yang abg long baca cukup membuatkan abg long geram, dan sakit hati. Kerana cinta ditolak, seorang ibu tunggal Saliza Saidin, 29 tahun melucur teruk kerana dibakar oleh bekas teman lelakinya. Bukan itu sahaja anak bongsu mangsa iaitu Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan juga turut elecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan. Turut yang menjadi mangsa adalah ibu magsa yang dikenali Som Dollah,62 tahun.

Kejadian ini berlaku jam 1.30 pagi semalam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak. Mengikut SUMBER hampir 85 peratus tubuhnya meluncur dan berada dalam keadaan kritikal di Unit Bahagian Kebakaran Hospital Kuala Lumpur ( HKL ).

SALIZA bersama anak bongsunya, Qalisha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>