Thursday, January 30, 2014

Lagi Kisah Kanak-Kanak Dirogol

Salam sejahtera...

Apa nak jadi dengan negara kita Malaysia sekarang ini, makin hari makin banyak kisah sadis berlaku. Abg long rasa sedih dan geram pada manusia yang tak ada hati perasaan ni. Hari ini kat akbar menyiarkan satu lagi kisah kanak-kanak 10 tahun dirogol, diliwat dan yang paling sadis kemaluan kanak-kanak tersebut ditoreh dengan senjata tajam.

Gambar hiasan


Kejadian ini berlaku di Muar, Johor, menurut berita mangsa yang berumur 10 tahun diculik sewaktu mangsa dalam perjalanan ke sekolah agama. Mangsa dikatakan melalui kebun getah sebagai jalan pintas untuk ke sekolah telah di datangi suspek yang berumur 37 tahun, dan menarik mangsa ke dalam kereta kemudiannya dibawa ke tempat pembuangan sampah. Untuk berita selanjutnya anda boleh baca di sini.

Bagaimana nasib kanak-kanak tersebut abg long tak boleh nak bayangkan apa yang dihadapinya. Ini bukan jangka masa pendek tapi ianya untuk jangka masa panjang. Cuma mampu abg long katakan disini sama-sama la kita berhati-hati.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>