Friday, January 31, 2014

Bila Dah Giler Pada Buku

Salam sejahtera..

Betul la orang kata jika kita dah minat pada sesuatu apa pun kita sanggup lakukan samada untuk dapatkannya atau untuk memilikinya. Begitu juga la dengan abg long yang minat, suka dan kekadang boleh jadi giler ( bukan gila ye :) ) pada buku. Susah nak gambarkan dengan kata-kata bila kat tangan abg long ni ada sebuah buku mungkin hanya orang macam abg long ni je tahu dan memahami perasaan abg long. Iye ke ada, harap-harap ada kot.

Antara buku yang abg long ada.

Abg long teringat kata-kata kekawan dahulu orang yang suku pada buku ni orang pandai. Mmm, nak kata betul tu takda la kot tapi ikut pandangan abg long la orang suka pada buku ni nak kan ilmu dan juga hobi. Tak semestinya orang yang ada pelajaran je yang mesti suka pada buku, kita yang biasa-biasa je pun boleh suka pada buku.

Tapi jika suka je tapi tak baca dan ambik ilmu daripadanya takda guna jugak kan. Sebab itu la kita orang islam telah diajar atau juga kita pernah mendengar dimana wahyu yang pertama diterima oleh Nabi Muhamad SAW menyuruh beliau baca. Jadi bila dah ada buku jangan lupa baca ye :), ingatan untuk abg long sendiri.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>