Thursday, May 8, 2014

Ada Hikmahnya

Salam sejahtera,

Setiap apa yang kita ingin, apa yang kita rancangkan tak semuanya kita dapat atau tak semuanya tercapai. Walaupun bertahun, berbulan, berhari dan minggu kita dah setup baik semuanya tapi jika itu bukan rezeki kita ia akan terlepas.



Apa yang kita mampu lakukan hanya bersabar dan percaya ada hikmahnya. Kenapa nak kecewa, nak menangis atau nak marah-marah jika ia tak tercapai atau tak dimiliki? Dalam islam sendiri menyuruh kita yakin pada qada dan qadar. Dan percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Contoh pada diri abg long dan orang umah tak dapat yang dirancang, Allah gantinya yang lebih baik. Bagaimana tu? Kisahnya berkenaan orang umah nak sangat anak. Setelah 2 kali keguguran, orang umah abg long meracang untuk mengambil anak angkat.



Maka berbagai group anak angkat yang ada di Facebook orang umah abg long join. Dengan itu banyak la panggil dan massage yang orang umah dapat ada yang jauh, ada yang dekat, ada yang minta ditanggung pendak kata macam-macam ada.

Dalam banyak-banyak panggilan dan massage tu, orang umah berkenan dengan anak angkat ni. Pendekkan cerita abg long dan orang umah pergi la berjumpa dengan penjaga anak angkat ini, nak jadikan cerita penjaga ini minta sedikit sumbangan setimpal dengan duit yang telah dikeluarkan. Selain itu juga penjaga itu ada jugak menceritakan selain abg long ada seorang lain yang berminta dan menawarkan harga.

Bila dah macam tu abg long dan orang umah tak jadi untuk dapat anak angkat. Seminggu selepas tu orang umah abg long mengandung setelah 1 bulan orang umah tak datang bulan. Bukan kah abg long katakan setiap terjadi ada hikmahnya.

posted from Bloggeroid

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>