Sunday, May 25, 2014

Tak Malukah Kita...

Salan sejahtera,

Nak kata abg long ni fanatik hiburan tak la sangat cuma abg long hanya mengikuti je itu pun mana yang elok la. Terus terang abg long rasa malu dengan artis wanita malaysia lebih-lagi yang beragama islam, mana taknya pemakaian kekadang lebih kebaratan. Tak percaya? Abg long rasa semalam mesti ada yang menonton ABPH2013 kan? Cuba ingat pemakaian mereka.

Bukan la abg long nak kata semua, ada yang elok dan ada juga yang sopan. Tapi majoritinya sebaliknya dalam ABPH2013. Malas la abg long nak cerita macam mana cara pemakaian mereka ni, abg long rasa anda boleh google di internat.



Cuba anda lihat gambar di atas, abg long rasa anda kenalkan. Abg long bukan nak agungkan si pemilik gambar di atas tu. Cuma abg long nak buat bandingkan dengan artis wanita islam malaysia kita pada malam tu. Terus terang abg long malu... Mana taknya orang yang bukan islam boleh berpakaian sopan tapi yang islam sendiri?...

Salahkah jika pada malam tu para artis wanita berpakaian sopan? Nak salahkan pereka, bak kata orang tua tepuk dada tanya la kemahuan, tapi itu la alasan lapuk yang artis akan guna bila dihentam tentang pemakaian mereka jika menjolok mata oleh para peminat mereka.

Entah la nak tulis panjang lagi nanti tak pasal-pasal abg long jugak yang kena. Rasanya cukup la takat ni je.

posted from Bloggeroid

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>