Monday, May 26, 2014

Cerita Ahmad Ammar

Salam sejahtera,

Alhamdulillah habis jugak bacaan abg long, apa yang nak abg long katakan buku ini bagus untuk di baca tak kira peringkat umur. terus terang abg long katakan dengan membaca buku ini pasti akan lahir satu perasaan kagum baik dari segi didikan mahupun peribadinya.

Ahmad Ammar telah menjadi satu fenomena kepada kita, mungkin kita pernah melihat videonya di youtube bagaimana telah diberi satu penghormatan yang tidak diperolehi oleh orang lain. Dimana saudara Ahmad Ammar disemadikan di perkuburan Eyub Sultan,Turki.



Bukan nak mengagungkannya si pemilik nama, tapi ingin jadikan sumber impirasi dan dorongan moga lahir lebih ramai lagi sepertinya.

Bak kata penerbit buku ini semoga fenomena Ammar direncanakan Allah swt ini dapat dilihat dari kaca mata teladan. Juga pengajaran yang boleh diambil oleh masyarakat dalam meneruskan kehidupan sebagai Muslim menurut ajaran Islam. Sekali gus memartabatkan keindahan Islam di sisi kita.

Al-fatihah

posted from Bloggeroid

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>