Tuesday, May 20, 2014

Larangan Lelaki Memakai Emas

Salam sejahtera,

Kali ini abg long nak kongsikan satu artikel yang abg long jumpa semasa membaca satu majalah. Moga artikel ini dapat memberi kebaikkan dan ilmu kepada anda.



Emas merupakan barang kemas yang sangat disukai oleh majoriti kaum wanita. Peliknya, ramai di kalangan lelaki pada hari ini turut menunjukkan minat dengan memakai emas. Apakah dibolehkan?

Dalam islam, kaum lelaki adalah diharamkan daripada memakai apa sahaja barangan berunsur emas. Baik berupa cincin emas, gelang emas, rantai emas, subang emas, mahupun gigi emas. Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a bahawa Nabi Muhammad s.aw bersabda :

" Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya." Hadis riwayat al-Tirmizi, al-Nasai dan Ahmad.

Dari huraian di atas, emas dalam bentuk apa pun, sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram. Walaupun sebenarnya kandungan emas itu hanyalah sedikit. Akan tetapi, benda yang dicat dengan warna emas, tidak boleh dikatakan emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia memang bukan emas - hanya rupa dan warna saja kelihatan sama. Yang haram adalah emas dan bukan kemiripannya.



Hikmah di sebalik larangan itu, Islam sebenarnya mengajar orang Muslim agar tunduk dan patuh kepada perintah Allah Swt dan Rasul. Di samping, mengajar kuta supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias. Kerana, perhiasan emas hanya diberikan kelonggaran kepada wanita untuk memakainya sebagai alat mempercantik diri dan menarik perhatian suami. Manakala lelaki pulak, tidak ada keperluan untuk menambah hiasan pada diri mereka kerana perhiasan sebegitu tidak sesuai dengan sifat kejantanan seorang lelaki.

Kebelakangan ini, perintah Allah yang diturunkan melalui Rasul sejak lebih 1,400 tahun dahulu itu telah tersingkap hikmah dan kebenarannya, terutama dari sudut perubatan. Para ahli kimia menyimpulkan bahawa partikel emas memang mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam salur darah manusia. Kemudian, memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan pada si pemakai.

Fakta ilmiah ini diakui oleh pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Mara ( UITM ), Norhasyimi Rahmat. Menurut beliau, kenapa lelaki tidak dibolehkan memakai emas kerana dari sudut sains, kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan perempuan.

Tambahan pula, katanya, perhiasan emas yang kita pakai sebetulnya bukan seratus peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat. Tapi, kebanyakan barangan kemas adalah dalam bentuk 18 atau 22 karat. Bermakna, jika emas itu 18 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi - perak, tembaga, zink atau paladium. Tujuan utama menambahkan logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut. Emas campuran yang tahan lasak inilah dipanggil aloi emas.

Rupanya, kesan penggunaan barang kemas terhadap kulit telah pun dikaji oleh seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan, bernama William S. Rapson. Daripada penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida. Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.

Berdasarkan rujukan yang dibuat oleh Norhasyimi turut mendapati, partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukan penyerapan partikel emas itu boleh dipercepatkan oleh pH ( ukuran keasidan ) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.

Tambahan pula, lelaki cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar pada badan seperti tangan berbanding kaum wanita. Justeru, geseran antara kulit dan emas adalah lebih hebat. Sebab itulah, kata Norhasyimi, kenapa sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi daripada perempuan. Apakah pula yang akan berlaku selepas penyerapan logam ke dalam kulit?

Menurut Norhasyimu, apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein atau protein terkumpul. Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsiblalu memberi impak pada sistem kardiovaskular lelaki. Malah, penemuan baru oleh penyelidik di University of California, San Francisco ( UCSF ), bergitu mengejutkan apabila mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di UCSF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan salur darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik. Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan dalam otak orang-orang yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophicsklerosis lateral (ALS).

Lalu, bagaimana pulak dengan wanita? Apakah pemakaian emas jugao berbahaya pada golongan perempuan? Norhasyimi menjelaskan, wanita tidak menderita masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada kaum Adam. Apakah dia? Pertama, hormon estrogen tinggi terutana semasa haid, salur darah akan mengembang dan membesar untuk keselesan perjalanan serta pengeluaran darah.

Sebab itulah kenapa partikel emas yang memasuki kulit wanita tidak akan mengalami pengumpulan protien pada salur darah, malah akan turut keluar bersama darah kotor haid. Kelebihan ini bagaimanapun tidak ada pada lelaki. Norhasyimi mengatakan bahawa walaupun lelaki memiliki hormon estrogen, tapi ia sangat sedikit bahkan fungsinya juga tidak diketahui. Adapun, estrogen lelaki cuma berkeadaan statik di mana salur darah mereka tidak mengalami pengembangan atau mengucup.

Makanya, ujar beliau, kalaulah ada partikel masuk ke dalam badan lelaki, partikel berbahaya itu akan membantu dalam penyumbatan salur darah. Kerana itu, kenapa lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan seperti kadiovaskular. Dan inilah juga antara sebab Islam melarang kaum lelaki daripada memakai emas.

SUMBER
posted from Bloggeroid
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>