Wednesday, May 7, 2014

Batuk Tak Hilang Lagi

Salam sejahtera,

Kasih jugak dengan orang umah abg long, batuk tak hilang lagi. Ingatkan semalam orang umah pergi ke KKIA dapat la ubat batuk tapi hampa, doktor kata ibu mengandung yang ada kencing manis tak boleh dibekalkan ubat batuk risau kencing manis akan meningkat.



Maka keputusannya alternatif lain la jawapnya. Doktor pun kata macam tu kata orang umah la. Nak tak nak jus delima la ubatnya :). Jika diikutkan ini kali kedua orang umah terkena. Kali pertama teruk sikit sampai terkencing orang umah di buatnya, tapi kali ini kurang sikit jika dibanding dengan yang pertama tu.

Abg long pun risau jugak cuma kat luar nampak cool je :), iye la tak kan la nak tunjuk kan. Mana tak risaunya, dah la anak pertama ( setelah 2 kali gugur ) dan kandungan dah 26 minggu. Kesihatan dan keselamatan ibu dan anak abg long kena juga jaga. Cuma abg long harap batuk orang umah tak berpanjangan je.

posted from Bloggeroid

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>