Thursday, July 3, 2014

Aduhai Masalah Tikus Pulak

Salam sejahtera,

Yang ni la abg long tak suka, sejak akhir-akhir ni cik siti ( gelaran untuk tikus yang abg long guna ) dah pandai lepak kat dalam umah pulak. Dulu cik siti ni pandai main kat luar je. Sekarang ni dah main kejar-kejar pulak dalam umah.



Nak bela kuncing...bukan tak nak tapi bila tengok keadaan umah dan keadaan sekeliling rasanya tak payah la. Orang umah abg long pun bukan suka sangat dengan kuncing ni. Abg long tengok bukan cik siti yang takutkan kuncing tapi kuncing yang 'gerun' dengan cik siti ni :).

Nak pasang perangkap aduhai kekadang kena kekadang tak, mungkin cik siti ni berpelajaran kot. Alih-alih abg long kena cari alternatif ni.

Alternatif pertama abg long nak guna cara tradisional aka petua :). Abg long dapat la beberapa petua yang halau cik siti ni tu pun mintak tolong dengan pakcik google. Harap-harap berkesan petua ni.

posted from Bloggeroid

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>