Friday, July 4, 2014

Bila Orang Umah Dah Sakit Belakang

Salam Sejahtera,

Kandungan orang umah dah 34 minggu alhamdulillah si anak pun ikut kata umah aktif je tak kira siang atau malam. Tak apa la yang penting kedua-duanya sihat dan selamat.



Sekarang ni orang umah mengadu dah mula sakit belakang dan lenguh. Tidur pun orang rumah tak selesa, abg loang rasa itu proses biasa yang dilalu oleh setiap ibu mengandung.

Apa yang abg long mampu buat hanya sapukan minyak di belakang dengan menggunakan minyak zaitun di samping tu urut sikit dibahagian bahu dan belakang kecuali bahagian pinggang sahaja. Orang tua kata bahagian tu muka anak.

Abg long bukan la nak tunjuk abg long nik baik tapi apa la salah jika itu yang mampu abg long lakukan untuk meredakan ketidak selesaan orang umah. Orang kata selain mengurangkan sakit belakang ibu mengandung mengurut tu jugak boleh eratkan kasih sayang...betul ke :) hanya mereka yang buat je tahu hehehe.


posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>