Saturday, July 5, 2014

Perginya Seorang Biduanita Negara

Salam sejahtera,



Terlebih dahulu abg long ingin ucapkan takziah kepada ahli keluarga Datuk Sharifah Aini atau lebih dikenali dengan kak Pah di atas kehilangan beliau pada awal padi tadi.

Datuk Sharifah Aini, 61 meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi pada hari selasa yang lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas akhir akibat jangkitan pada paru-paru yang dikenali sebagai fibrosis yang mana telah menyerang allahyarham selama 2 tahun.

Jenazah akan di bawa ke masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail selepas solat subuh dan dijangka dikebumikan di Taman Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Al-fatihah

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>