Tuesday, July 1, 2014

Lebih Baik Diam

Salam sejahtera,

"Kerana pulut santan binasa,..." abg long rasa anda semua tahu apa maksudnyakan, rasanya tak payah la abg long nak hurainya dengan panjang lebar.



Kekadang bila kita banyak bercakap ni lebih banyak dosa yang kita lakukan, lebih banyak orang sakit hati kepada kita, dan lebih senang lagi lebih banyak duka la daripada suka. Malahan kita tak sedar semua tu. Baik lelaki mahupun perempuan sama je kita kekadang lupa hatta yang pendiam pun sama.

Abg long bukan nak kata abg long ni baik tapi sekurang kurangnya apa yang abg long tulis ni sebagai peringatan untuk diri abg long sendiri. Abg long sendiri pun kekadang terlepas bila mulut ni bercakap mahupun bergurau. Iya la hati manusia ni kita mana tahu apa yang diorang rasa.

Itu belum lagi dikira bila kita time marah lagi macam-macam akan keluar daripada mulut kita ni. Bak kata orang tua...bila time marah semua yang ada dalam hutan sana tu akan keluar.

Sebab itu semperna bulan Ramadan tahun ini abg long cuba untuk diam dan hanya bercakap hanya perlu je. Abg long nak cuba latih mulut abg long ni biar lebih banyak diam. Kerana abg long tak nak lagi orang sakit hati, benci atau segalanya pada abg long. Abg long nak orang sayang abg long pulak :).

Tapi masalahnya nanti kalo diam je nanti orang kata abg long sombong pulak...aduhai.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>