Sunday, July 13, 2014

Luahan Haiwan...

Salam sejahtera,

Jika kita dianugerahkan untuk memahami kata-kata haiwan pasti kita akan terkejut jika haiwan-haiwan ini meluahkan kata hati mereka kepada kita. Apa kata kita lihat apa luahan antara haiwan yang ada kat dunia ni kepda kita jika mereka boleh berkata-kata.




Ada ke patut, manusia yang bodoh, mereka kata ' bodoh macam lembu '. Ikut rasa diorang je nak guna nama aku. Dah manusia yang tak pandai, kenapa guna nama aku pulak? Punyai banyak haiwan tak pergi sekolah, nama aku jugak yang korang guna!




Aku lagi bengang. Manusia buat dajal kat anak sendiri, tak pasal-pasal nama aku terpalit. Dah si bapa rog*l anak, kenapa lak kata " bagai haruan makan anak "? Aku pun tak buat macam tu kat anak sendiri tau. Anak-anak aku yang kecil aku simpan dalam mulut untuk lindung daripada serangan haiwan lain. Bukan aku makan. Lain kali belajar ilmu sains cukup-cukup. Jangan kasi busuk nama aku.




Relaks kawan-kawan. Nama aku lagi banyak manusia gunakan. Ada ke orang yang resah gelisah, diorang kata ' seperti kera kena belacan '. Mana aku makan belacan woi. Busuk! Kalau manusia tu tak bercampur dengan orang lain, dikatanya ' seperti kera sumbang '. Itu belum lagi kalau manusia jenis tak reti menghargai sesuatu pemberian, dikata pula ' bagai kera dapat bunga '. Fuh, banyak betul nama aku diorang guna. Rasa glamor pulak. Peduli apa aku, lantaklah manusia tu. Yang penting aku dok atas pokok makan buah-buahan lagi syok.




Kalau manusia yang mulut bising, cakap tak berhenti, mulalah nak petik nama aku. Ada ke patut dikata ' bagai murai dicabut ekor '. Hei, apa kena mengena ekor aku dengan mulut korang ha?




Mentang-mentang aku tak suka air, ada ke disamakan aku dengan manusia yang tak suka mandi. Dikatanya ' takut air macam kambing '. Cis, aku tak mandi pun tetap bau kambing. Kalau manusia yang tak suka mandi, dah bau bangkailah. Mana sama dengan bau aku!




Ehem ehem... aku pulak popular menggambarkan kaum lelaki. Kalau jenis yang kaki kikis dan suka permainkan perempuan tu, ha... warna akulah dipakainya. Tu, yang disebut ' buaya darat ' tu. Hebat tak aku? Tapi, apa pasal bila aku naik ke darat manusia semua lari? Musykil la.




Bila ada je manusia yang suka bergaduh, mula la keluar ayat ' bagai anjing dengan kucing '. Hello, kalau aku bergaduh dengan si kuncing pun, tak ada la sampai berbunuhan macam korang tau. Tapi, paling aku benci bila manusia hina orang miskin dan kata macam ' anjing kurap '. Hey, sehina-hina aku pun, tapi aku tetap makhluk Allah juga. Korang sape nak hina aku ha?




Aku pun tak faham. Manusia suka guna nama aku jugak. Kalau laki tak reti bagi nafkah, dikata bininya ' bagai tanggung biawak hidup '. Kalau orang tu suka lakukan pekara yang susahkan diri sendiri, disebut pulak ' mendukung biawak hidup '. Helloooo... aku cari makan sendiri tau. Mana ada orang sponsor. Aku ada kaki boleh jalan, tak payah kena dukung pun. Poodahhh.




Pernah dengar peribahasa ' anak harimau diajar makan daging '? Maksudnya, orang zalim diberi galakan untuk terus melalukan penganiayaan. Aku tak faham betul, apa kena mengena dengan aku ha? Dah memang daging tu makanan ruji aku sejak lahir. Mak bapak aku pun ajar aku berburu untuk daging. Itu sifat azali aku, takde kena mengena pun dengan manusia yang zalim tau!




Aku pulak tak suka bila anak orang kaya nak pinang anak si miskin. Ada ke patut mereka kata ' bagai pipit meminang anak enggang '. Ceh, tak ada kaitan dengan aku la. Aku bestfriend tau dengan si enggang tu. Jangan nak laga-lagakan kami pulak.

posted from Bloggeroid

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>