Tuesday, December 29, 2015

2 Kerja Mmm...

Salam sejahtera,

Bila dah jadi viral abg long rasa nak jugak la buat post pasal ni. Iye la alang-alang dah baca tahu faham apa yang di katakan oleh hamba Allah tu.


Bagi hamba Allah tu sebenarnya abg long rasa apa yang dikatakan tu kena la faham dengan realiti tapi, bila dah terlampau bijak ni susah jugak. Nak ditegur memang dah ramai yang tegur, nak buat bodoh pulak rasa semacam je.

Cuma apa yang nak abg long katakan buat dua kerja ni dah lama sebenarnya. Kalau tak silap abg long la daripada zaman atuk dan nenek kita pun dah ada cuma tak viral je zaman tu.



Dan abg long setuju jugak walaupun tak setuju ( apa la berbelit pulak ni ) la apa yang dikatakan oleh hamba Allah tu. Buat 2 kerja untuk tambahkan pendapatan. Cuma apa yang abg long perhatikan la ( dalam keluarga abg long la ) mereka buat 2 kerja nak jimatkan duit, mengisi masa terluang, dan nak sihatkan badan.

Sekarang ni pun masih ada yang begitu maksud abg long buat 2 kerja, baik yang berkeluarga mahu pun bujang. Tambahan lagi yang tinggal kat bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Susah untuk abg long katakan apa yang baik dan kontraknya untuk buat 2 kerja ni. Masing-masing ada lebih dan kurang. Cuma untuk pengalaman abg long sendiri la, pada mereka ni ada sebab masing-masing untuk mereka buat 2 kerja ni.

Kalau sebab yang baik Alhamdullilah. Jika sebab yang sebaliknya buruk padahnya. Cuma yang pastinya dengan keadaan ekonomi sekarang ni maka terpaksa la kena buat 2 kerja. Maka dengan itu akan timbul masalahnya nanti.

Apa yang abg long harapkan kepada mereka utamakan yang HALAL jangan pulak nanti ada yang bermasam muka. Jangan bercakaran , takmo pulak gaduh. Paling penting memahami dan bantu membantu... Harap-harap korang faham.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>