Thursday, December 31, 2015

Minat Kita Sama La

Salam sejahtera

Tak tahu la siapa yang WELCOME TO DA CLUB abg long ke atau si hero atau pun ke dua-duanya sekali. Mana taknya buka mata je nak, bila nangis je tu je la bahan pujuknya, kalau si hero yang tak nak layan abi yang layan ke kadang uminya pun sekali yang layan.

Nak salahkan si hero mmm...si hero pun bukan nya tahu apa pun. Jadi siapa yang nak disalahkan...siapa la kalau bukan abi dan uminya la. Korang jangan salah sangka pulak abg long bukan ajar perkara yang salah ye kat si hero abg long ni. Kalau korang nak tahu acu,cuba, try tengok kat bawah ni...


Korang semua dah tahu dan kenal kan, kalau yang tak kenal tu rajin-rajin la buka Youtube ye. Abg long malas nak cerita pasal kartun tu daripada segi teknikal atau sebagainya.

Apa yang nak abg long katakan kat sini kartun ni jadi peneman,penyelamat pada situasi abg long dan uminya. Abg long ada jugak terbaca ada yang mengatakan kesan baik dan buruk bila layan si upin dan ipin ni.
Tengah la tu 

Abg long tengok dan bila layan dari episod 1 hingga 8 ok je. Malah ada pelajaran yang baik pulak tu. Ini pandangan abg long ye. Malahan daripada pemerhatian abg long jugak si hero abg long cepat belajar daripada kartun upin dan ipin ni. Ditambah pulak dengan minum susu lagi la cepat belajar maklum la sel-sel otak berhubung.

Nak pulak bila episod tu episod yang si hero abg long suka, apa lagi excited la sambil melompat-lompat. Kekacang bila lihat keasyikan si hero melayan si upin dan ipin ni, abg long tertanya-tanya faham ke si hero abg long ni.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>