Thursday, December 31, 2015

Selamat Tinggal 2015

Salam sejahtera

Tinggal beberapa jam lagi untuk kita tinggalkan tahun 2015. Tiada apa nak abg long banggakan bagi kejayaan abg long dalam tahun ni. Boleh dikatakan semua yang abg long rancang dan impikan semua tak jadi dan jugak gagal.


Abg long pernah tulis abg long nak berhenti kerja pada tahun ni, tapi apa kan daya rezeki tak sampai lagi. Maka dengan tu bekerja la abg long lagi untuk mencari sesuap nasi.

Cuma abg long harapkan impian abg long nak berhenti kerja tu akan tercapai pada tahun depan. Insya allah.

Tahun ni jugak boleh dikatakan tahun yang mencabar daripada segi mental dan jiwa. Ada kalanya boleh abg long kawal dan kalanya jugak abg long tewas. Harap-harap tahun depan kurang la sikit cabaran tu.

Azam pulak abg long takda la apa sangat nya cuma nak tunaikan yang tahun ni je. Apa orang kata nak forward. Ke depan je azam tahun ni.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>