Sunday, December 20, 2015

Kerisauan Si Abi

Salam sejahtera

25 hari bulan 12 nanti genap la 1 tahun 5 bulan usia anak sulung abg long tiada apa yang nak abg long katakan melihat perkembangan sihat si hero abg long yang membesar di dalam mata. Apa yang abg long harapkan si hero abg long menjadi anak yang soleh.


Dalam usia itu jugak la bermacam-macam gelagat dan jugak kerenah si hero abg long ni kekadang tu ada perkara baru yang si hero abg long tunjukkan yang membuat si abinya tertanya-tanyuua kat mana la si hero ni belajar.

Tambahan lagi bila dah pandai berjalan ni makin aktif la si hero abg long meneroka setiap sudut rumah. Menjelajah setiap bilik yang ada di dalam rumah hingga la ke kawasan dapur. Dulu jiran-jiran kata rumah abg long ni sunyi je walaupun dah ada anak tapi sekarang riuh rendah kalao tak suara anak suara si umi dan abinya.

Dan sejak si hero abg long mula pandai berjalan abg long perhatikan cara si hero abg long terkangkang. Mulanya abg long ingatkan itu memang kebiasan proses untuk bayi yang baru belajar berjalan tapi bila dah 2 bulan abg tengok masih lagi sama mula la menjadi kerisauan tambah lagi kepada uminya.

Maka pakcik google la jadi sumber rujukan. Kat sini abg long nak kangsikan antara hasil google abg long pada korang,

KAKI BAYI KENGKANG, NORMAL ATAU ABNORMAL ?



Kaki bayi sememangnya kengkang sejak lahir. Ia adalah disebabkan keadaan kaki kedua-dua belah bengkok & menimpa dengan satu sama lain ketika dalam rahim.

Bayi lahir kaki terkangkang is absolutely normal. Bila dia makin membesar, kaki itu akan melurus sendiri dan apabila mula pandai berjalan, kaki itu akan sempurna dengan sendirinya. Ia tidak akan terkangkang. Jadi, jangan dikhuatiri jika anak berumur 1-2 tahun masih lagi jalan terkangkang. Yang menjadi masalah apabila anak berumur 3 tahun ke atas, masih terkangkang. Itu adalah tanda nya mendapat Hip Dysplasia.

PENYEBAB BEDUNG BOLEH MENYEBABKAN HIP DYSPLASIA ?

Tulang pangkal paha berbentuk bulat, dan ada soket tempat untuk meletaknya. Rujuk gambar C diatas. Dan tulang pangkal paha seharusnya mesti masuk di dalam soket itu. Kesalahan berlaku apabila kitam embedung bayi dengan kaki bayi dilurus dirapat kedua-dua lututnya
diikat samada di lutut ataupun di buku lali

Apabila kita meluruskan kaki bayi dalam bedung, tulang pangkal paha akan terkeluar dan beralih dari soketnya. Inilah dinamakan dysplasia. Rujuk gambar C juga. Bayangkan drumstick ayam. Asalnya memang bengkok bukan? Cuba kita meluruskan drumstick ayam, patah atau tidak tulang atas? Berpisah tak tulang diatas dari badannya? Begitulah juga dengan tulang pangkal paha anak kita.

Hip Dysplasia kurang memberi kesakitan dan kurang nampak ketika masih bayi. Tapi, apabila sudah mula berjalan terutamanya masuk umur 2-3 tahun kita akan melihat mereka berjalan seperti :

pencat sebelah

tekangkang tidak sempurna seperti penguin
pinggangnya nampak jelas terturun sebelah ketika berjalan berbunyi "klik" apabila paha bergerak

Ini digelar "waddling gait". Cara mengubatnya adalah dengan mengangkang kembali supaya tulang pangkal paha masuk kembali ke dalam soket. Ditahan dengan plaster untuk beberapa bulan. jika masih juga tidak sempurna perlu dibedah untuk pembetulan selanjutnya. Rujuk gambar D. Jika tidak nampak pun ketika kanak-kanak Hip Dysplasia akan menyebakan apabila anak itu masuk alam remaja 20an dan 30an mengalami sakit sendi (arthritis) di tulang pangkal paha.


Ni satu lagi nak abg long kongsikan kepada korang,

ADAKALANYA kita melihat kanak-kanak terkedek-kedek berjalan dengan kaki yang kengkang. Bagi kanak-kanak yang baru belajar berjalan, ini boleh dikatakan comel tetapi apabila usia semakin dewasa, ibu bapa mula risau jika anak mereka masih berjalan kengkang.

Menurut Pakar Ortopedik, Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, Pahang, Dr. Ahmad Mahyuddin Mohamed, jalan kengkang atau bowed-leg ialah keadaan apabila lutut dan tulang keting kanak-kanak membengkok dan kelihatan seperti busur panah.

“Keadaan ini boleh terjadi sama ada pada kedua-dua belah kaki dan adakalanya hanya melibatkan sebelah kaki sahaja,” katanya.

Dr. Ahmad Mahyuddin berkata, kanak-kanak yang menghidap masalah ini biasanya hanya disedari oleh ibu bapa mereka apabila anak mereka mula berdiri dan bertatih pada peringkat awal belajar berjalan.

Usia

“Kedua lutut mereka kelihatan melengkung dan jarak antara kedua-dua belah lutut adalah jauh berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Kebiasaannya mereka tidak berasa sakit atau kebas. Apa yang ketara ialah cara mereka berjalan kelihatan mengangkang.

“Jalan kengkang boleh berlaku pada sebarang usia bergantung kepada masalah perubatan yang berlaku. Secara fisiologi, masalah ini menjadi satu perkara yang normal bagi kanak-kanak yang berusia kurang daripada dua tahun untuk mempunyai kaki yang sedikit bengkok.

“Keadaan ini akan menjadi betul dengan sendirinya apabila kanak-kanak membesar dan berusia empat tahun ke atas. Kebanyakan pesakit dirujuk ke klinik ortopedik pada usia 12 hingga 18 bulan,’ katanya.

Punca

Dr. Ahmad Mahyuddin berkata, terdapat beberapa punca utama yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Punca paling biasa berlaku ialah masalah fisiologi, bermakna kebengkokkan ini akan pulih secara sendiri sejajar dengan pembesaran kanak-kanak.

“Namun kami di Jabatan Ortopedik perlu memastikan masalah ini bukan berpunca daripada sebab-sebab lain seperti Blount’s Disease, ketumbuhan tulang, kepatahan tulang, masalah genetik atau kekurangan zat mineral. Setiap masalah ini perlu disiasat secara terperinci melalui pemeriksaan fizikal, pemeriksaan makmal dan juga x-ray,” jelas Dr. Ahmad Mahyuddin.

Blount’s Disease, katanya ialah keadaan apabila berlaku kerosakan pada bahagian pertumbuhan tulang keting yang dikenali sebagai epiphyseal plate. Sebab sebenar perkara berkenaan berlaku masih lagi belum diketahui.

Namun, mengikut statistik, penyakit ini kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan serta pada kanak-kanak yang berjalan awal (early walker). Kerosakan ini menyebabkan pemanjangan tulang menjadi tidak sekata dan sendi lutut menbengkok.

Zat

Menyentuh jenis zat makanan atau mineral yang boleh mengelakkan jalan kengkang dalam kalangan kanak-kanak, Dr. Ahmad Mahyuddin berkata, terdapat tiga zat makanan dan mineral yang penting bagi pertumbuhan tulang yang sihat iaitu kalsium, fosforus dan vitamin D.

“Kekurangan zat galian ini boleh menyebabkan penyakit Ricket yang boleh menyebabkan bowed-leg berlaku. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada ibu bapa agar menggalakkan anak-anak mereka melakukan aktiviti luar pada siang hari bagi mendapat sinaran matahari pagi.

“Sinaran ultraviolet matahari pagi ini amat penting bagi membolehkan proses metabolisme vitamin D dan kalsium berlaku di dalam badan anak-anak,” katanya.


Selain tu jugak abg long ada merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman, cuma mereka cadangkan jika masih tiada perubahan dalam jang masa 3 tahun abg long kena bawak si hero untuk pemeriksaan.

Bila abg long dah rujuk semua sumber tu lapang la sikit hati ni.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>