Saturday, December 26, 2015

Siapa Yang Sebenar Jumpa Kopi Ye..

Salam sejahtera,

Pada mulanya abg long tak sangka begitu rupanya kisah kopi ni, ia la sebelum ni abg long ingatkan cerita pasal kopi ni macam tu tapi sayang seribu kali sayang rupanya. Abg long bukan nak ceritakan tentang khasiat kopi, kelebihan kopi ke atau yang seiring dengannya.

Apa yang nak abg long ceritakan disini tentang siapa yang mula-mula sekali yang jumpa kopi ni. Maklumat ni pun abg long jumpa masa baca suatu artikel dalam sebuah majalah. Korang rasa siapayang jumpa kopi ni ye. Kalau abg long katakan yang jumpa ni haiwan yang berkaki empat, agak-agaknya korang percaya tak?

Kalau korang tak percaya tu tak apa, abg long sendiri pun terkejut jugak bila membaca tajuk artiket tentang siapa yang temui kopi ni. Apa kata korang tengok gambar bawah ni..


Dari artikel tu, sejarah penemuan kopi ni bermula di Ethiopia di mana dalam abad ke 11. Ia terjadi ketika penggembala kambing hairan apabila melihat tingkah laku belaannya selepas memakan sejenis buah beri berwarna merah.

Maka dengan itu si penggembala ini pun melakukan uji kaji ke atas buah beri tersebut dengan merebus dan meminum airnya. Apabila telah meminumnya, si penggembala ini merasakan tubuhnya bertenaga dan segar. MAKANYA untuk mengetahui lebih lanjut korang kena la baca artikel tu. Abg long tak boleh la nak ceritanya lebih, nanti tak pasal-pasal abg long kena pulak.

Jadi apa lagi dapatkan la majalah Infiniti Keluaran Januari 2016 di kedai yang berhampiran dengan korang, rugi tau kalau tak beli ( jangan marah ye promot sikit ).
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>