Monday, October 27, 2014

Aplikasi Salam Muslim

Salam sejahtera,



Abg long baru je download aplikasi salam muslim ni jika diikutkan aplikasi ni dah la lama cuma abg long baru je download maklum la dah guna hanfon yang ada android ni maka nak la jugak cuba aplikasi yang ada kat google play.



Jika abg long lihat pada iklan yang ada kat astro tentang aplikasi ini nampak menarik je, tu yang terpengaruh sampai terdownload tu :). Bila dah download boleh dikatakan setakat waktu ini aplikasi ini memang tak mengecewakan abg long.


Selain ada waktu solat untuk setiap kawasan bandar utama di malaysia, aplikasi ini jugak disertakan arah kiblat. Cuma waktu untuk menggunakan bagi menentukan arah kiblat ini, pastikan handfon jauh daripada sebarang peralatan elektronik yang berdekatan.


Selain itu jugak aplikasi salam muslim ini jugak disertakan jugak :

• Tasbih Digital

• Kalendar Gregorian ke Hijrah atau sebaliknya

• Kalendar tahunan tarikh penting dalam Islam

• Nasihat serta kata-kata hikmah islamik dari tokoh Islamik Malaysia

• Artikel, video dan audio eksklusif dari Astro Oasis

• Jadual Rancangan dan peringatan program Astro Oasis

• Kalkulator Zakat

Apa yang abg long dapat katakan secara keseluruhan aplikasi ini memang sangat berguna untuk diri abg long dan abg long cadangkan aplikasi ini untuk anda. Alang-alang dah ada line internet itu apa salah jika download aplikasi ni bukan kena bayar pun FREE je :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>