Thursday, October 23, 2014

Kenapa La Sampai Macam Tu Fitnahnya

Salam sejahtera,

Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu” (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)

Terkejut abg long bila ada orang lakukan fitnah yang melampau kepadanya. Apa la salah dan apa dosa hamba Allah ini hingga sebegitu rupa jadinya. Siapa la hamda Allah yang sanggup buat pekara begitu kepadanya.



Boleh dikatakan hari ni cerita panas berkenaan hamba Allah ini dah ramai yang tahu. Besar betul dugaan dan cabaran yang dihadapai olehnya. Abg long terfikir apa yang dimahukan oleh pembuat fitnah terhadap hamba Allah ini.

Bukan la abg long nak defend hamba Allah ini, tapi abg long cukup muak dengan cara fitnah ini. Boleh dikatakan bukan pertama kali dan jugak bukan hamba Allah ini sahaja yang terkena. Jika diikuti dan dituruti catatan sejarah dah ramai yang terkena. Bukan setakat diri yang difitnah malahan kesannya jugak ditanggung oleh keluarga dan juga sanak saudara mereka.


وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

“Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan.” (QS Al-Baqarah: 191)

وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ

“Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh.” (QS Al-Baqarah: 217)

Dalam Al Quran pun telah menyatakan betapa besarnya dosa bagi fitnah ini. Apa yang termampu doakan moga pembuat fitnah ni diberikan hidayah untuk tidak mengulanginya lagi.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>