Saturday, October 11, 2014

Sejarah Dunia Dari Sudut Pandangan Islam

Salam sejahtera,

Lama betul abg long rasa tak kongsi dengan anda buku yang abg long baca. Baik la kali ini abg long nak kongsikan dengan anda sebuah buku yang telah abg long baca ni.



Buku ini merupakan sebuah buku terjemahan daripada tajuk asalnya iaitu A History of the world through Islamic eyes dimana ditulis oleh Tamin Ansary. Buku yang mana ketebalannya 588 muka surat ini berkisahkan pandangan penulis tentang dunia daripada sudut islam.

Sebagaimana ringkasan pada buku ini... Buku ini bercerita bermula dengan kelahiran peradaban Mesir dan Mesopotamia, era Yunani dan Rom , kebangkitqn Islam sehinggalah sejarah mutakhir - peristiwa 9/11. Perpecahan negara dan aliran mazhab, diperincikan dengan cepat tetapi jelas, bagi memudahkan pembaca faham apa yang terjadi dalam dunia Islam.

Apa yang boleh abg long katakan hasil pembacaan buku ini secara tidak langsung ia membuatkan abg long terfikir, walaupun kekadang terdapat bahagian tertentu didalam buku ini abg long tidak memahaminya. Bukan kerana ayatnya berbelit atau tunggang langgang, tapi sebab kekurangan ilmu sejarah yang ada pada diri abg long ini.





Bagi anda yang berminat dengan sejarah islam abg long syorkan anda dapatkannya untuk bacaan anda. Malahan kepada anda yang sukakan kepada ilmu, anda patut memilikinya. Tak rugi apabila ia berada di tangan anda...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>