Saturday, October 25, 2014

Salam Maal Hijrah

Salam sejahtera,



Pada hari ini 25/10/2014 bersamaan dengan 1 muharram 1436 hijrah adalah hari pertama dalam tahun baru bagi umau Islam. Di sini abg long nak ucapkan salam maal hijrah kepada seluruh umat Islam yang mengikut blog abg long ini.

Apa yang di maksudkan dengan HIJRAH ini?

Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.

Istilah hijrah biasanya merujuk kepada perjalanan yang diambil oleh umat Islamdan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam.

Ancaman orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman.

Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Nabi sendiri berhijrah dengan Abu Bakar as-Siddiq. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Selain daripada kita menghayati kisah atau peristiwa hijrah yang dilakukan oleh Nabi SAW ini. Kita jugak boleh menjadikannya satu titik perubahan untuk diri kita sendiri termasuk la jugak dengan diri abg long sendiri. Perubahan daripada yang buruk kepada yang baik.

Jika sebelum ini kita selalu membuat perancangan apa bila hadirnya tahun baru masihi apa salahnya tahun baru hijrah ini kita buat jugak satu perancangan atau satu matlamat dalam hidup kita. Tak menjadi satu dosa jika kita menggunakan kelenda Islam sebagai satu aras pentunjuk bagi dalam perancangan kita nanti.
posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>