Wednesday, October 15, 2014

Hanya Kerana Sekeping Gambar

Salam sejahtera,

Apa perasaan anda bila melihat gambar di bawah ni.



Walaupun gambar ni dah 21 tahun telah di ambik tapi ia mendatangkan kesan kepada sesiapa yang melihatnya malahan ada yang tertanya-tanya apa kesudahannya.

Abg long sendiri pun bila melihat gambar tersebut Susah untuk mengatakan apa yang tergambar di dalam dada abg long ini. Ia seumpama bercampur aduk.

Dah dengan gambar ini lah, jurugambar yang merakamkan kejadian itu telah memenangi hadiah Pulitzer pada tahun 1994. Jurugambar yang abg long maksudnya adalah Kevin Carter, dimana Kevin merupakan seorang jurugambar terbaik dunia. Lelaki ini berasal dari Johanesburg, Afrika Selatan.





Gambar tersebut dirakam sewaktu Kevin menjalankan tugas tetang masalah kebuluran yang berlaku di Sudan pada tahun 1993 dimana ia telah meragut banyak nyawa.

Walaupun memenangi anugerah tersebut, Kevin mengalami tekanan dan juga kemurungan di atas perasaan bersalah beliau kerana meninggalkan kanak-kanak tersebut.

Dan 27 Julai 1994 pada umur 33tahun Kevin Carter telah membunuh diri dengan menyalurkan asap dari ekzos ke dalam keretanya menggunakan paip.

posted from Bloggeroid

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>