Saturday, February 7, 2015

Senang Betul Matematik Sekarang ni

Salam sejahtera,


Abg long perhatikan budak sekolah zaman sekarang ni memang beruntung bila belajar matematik ni jika nak bandingkan dengan zaman sekolah abg long dulu. Mana taknya dulu masa sekolah abg long rasa susah betul bab matematik ni, sifir pekara wajib kena hafal dan ingat, kalau tak ingat jawabnya cubit ketam hinggap kat perut abg long ( masa ni takda lagi akta dera tau ). Abg long rasa korang pun macam tu jugak kan, agak abg long la.

Bagi pengirannya pulak abg long hanya ikut je apa yang di ajar oleh cikgu, tiada shortcut, tiada cara yang  mudah untuk proses pengiraan. Zaman tu abg long betul-betul telan apa yang diberi, tiada satu pun penolakan.


Bila di sekolah menengah atas pulak buku sifir 4 angka ni wajib kena ada waktu kelas matematik, jika tertinggal jawapnya terkial-kial la baik waktu pembelajaran atau peperiksaan. Masa ni la baru kalkulator baru boleh digunakan tu pun hanya dalam kelas matematik tambahan sahaja.

Bagaimana yang abg long katakan awal tadi budak zaman sekarang beruntung dalam mempelajari matematik ni, selain hafalan sifir yang lagi mudah, pengiraan pun ada cara yang mudah selain kalkulator terus boleh diguna bila menjejaki di sekolah menengah.

Cuba korang lihat cara menghafal sifir kat bawah ni..





Sekarang korang tengok video ni pulak..

 

Macam mana untung tak budak sekolah zaman sekarang ni bila korang dah tengok semua tu? Kalau korang rajin la korang boleh carinya kat google atau pun korang cari je kat Youtube, bukan apa dengan adanya cara mudah ni kat Internet kita boleh belajar sambil tu kita boleh ajar kepada anak-anak kita.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>