Tuesday, February 10, 2015

Betul Ke Kita Bersedekah?

Salam sejahtera,


Korang tahu apa itu sedekah?

Berapa yang selalu korang bersedekah?

Adakah korang mengharapkan sesuatu daripada sedekah?

Betul ke korang bersedekah kerana Allah?

Aik lain macam je cerita abg long kali, lain ke? Rasanya takda la lain atau luar biasa cerita abg long, macam biasa je. Cuma sekali sekala tu bikin gempak sikit walaupun takda la gempak sangat. Apa orang kata suam-suam kuku je.

Abg long nak kongsi dengan korang buku yang baru je abg long habis baca ni, iye la mana tahu dengan perkongsian buku ni korang berminat nak baca jugak kan. Apa yang abg long soalkan pada awal tu sebenarnya sebahagian daripada intipati selepas membaca buku ini. Sebagaimana yang penulis buku ini tulis kan setiap amalan ( agama Islam ) yang kita amalkan tanpa memghayati dan memahaminya, segala mutiara-mutiara yang terdapat di dalamnya akan menjadi misteri.

Buku ini la abg long maksudkan

Terus terang abg long katakan selama ini begitu dalam makna sedekah ni rupaya, iye la selama ni kita hanya pandai menyebut sedekah kerana allah. Tapi betul ke yang kita sedekah tu kerana allah? betul ke sedekah kita tu ikhlas? Abg long bukan nak mempersoalkan amalan sedekah ni pada diri korang, abg long pun tak la sempurna tapi abg long nak belajar.

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Apakah Kod CINTA Anda?
                                    Sponsor Ads

Daripada buku ni baru la abg long sedar selama ni abg long masih ada kekurangan, masih lagi lemah dan pasri banyak rupanya abg long kena belajar serta munasabahkan diri. Mana taknya dalam buku ni penulis ada menyetuh tentang topik berkenaan :

BAB 1
Pendahuluan : Suatu titik menuju dunia sedekah

BAB 2
Melihat keajaiban sedekah dengan mata hati
  • beberapa kisah keajaiban sedekah
  • empat jenis keajaiban sedekah
  • awas pada bahaya pemiskinan makrifatullah
  • syahadah bukan syarat mendapatkan keajiaban
  • kisah seorang janda dari Florida
BAB 3
Seni bersedekah yang keliru 1:
Cara bersedekah yang salah
  • menyakitkan perasaan orang lain
  • menunjuk-nunjuk
  • merungut
  • kebiasaan
  • memberi sesuatu yang kita tidak mahu, bukannya memberi sesuatu yang baik
  • memberi kerana terpaksa
  • asalkan memberi
BAB 4
Seni bersedekah yang keliru 2:
Sedekah x tujuan keliru = 0 kekuataan
  • niat yang keliru
  • keajaiban
  • populariti
  • penghargaan
  • kekuasaan
  • mengikut
  • mengikat
  • mengharapkan balasan
BAB 5
Sedekah dan bencana
  • sedekah yang sebenar-benarnya
  • niat yang tulus dan ikhlas hanya kerana Allah
  • bebaskan diri saudara daripada keraguan berkenaan jumlah
  • berahsialah
  • berikan kepada orang yang tepat
  • berikan yang terbaik
  • pengertian bencana
  • sebab-sebab terjadinya bencana
  • bencana orang yang bersedekah
  • kekuatan sedekah dalam menolak bencana
BAB 6
Sedekah dan rezeki
  • pengertian rezeki
  • hukum ekonomi dan formula matematik sekolah
  • keraguan-keraguan
  • hukum tuhan : sedekahlah!
  • kekuatan sedekah dalam menarik rezeki
BAB 7
Sedekah, penyakit dan panjang umur
  • misteri umur dan penyakit
  • adakah umru manusia termasuk dalam kategori takdir?
  • mungkinkah semua penyakit dapat sembuh dan mungkinkah orang panjang umur?
  • kekuatan sedekah dalam memanjangkan umur dan menyembuhkan penyakit
BAB 8
Penutup

Memang tak rugi jika korang dapatkan buku ni untuk bahan bacaan korang. Dalam kita duk nak bersedekah tu apa salahnya jika kita faham apa sebenarnya sedekah tu.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>