Sunday, February 1, 2015

Nokia Dalam Kenanganku

Salam sejahtera,


Bila abg long lihat balik gambar model handphone atas tu teringat la balik handphone pertama yang abg long beli daripada duit pertama gaji abg long. Iye la macam mana tak kembang hidung abg long ni, dapat beli handphone yang jadi idaman hati.


Ini la handphone yang abg long maksudkan tu dan model ini la model pertama dikenali dengan handphone yang tidak mempunyai antena. iye la pada zaman abg long kebanyakkan handphone yang ada pada zaman tu semuanyanya mempunyai antena. Abg long, boleh dikatakan waktu itu teruja bila NOKIA mengeluarkan model ini yang mana dikenali dengan NOKIA 3210.

Nokia pada waktu itu memang sangat dikenali malahan pada waktu itu jugak la jenama Nokia ni menjadi pilihan ramai, lebih kurang macam SAMSUNG la pada waktu ini. Bukan la takda jenama lain pada zaman abg long ni, Sambung ( pada zaman abg long dulu jenama ni baru nak up ), Motorola, Alcatel, Sony Ericsson dan banyak lagi la tu pun abg long ingat-ingat lupa.

Nak-nak lagi selepas model 3210, Nokia telah mengeluarkan model tanpa antena kedua mereka iaitu model  3310. Bila model handphone ni ada dipasaran pada waktu tu, apa lagi lagi terkenal la jenama NOKIA ni. Apa yang pasti model 3310 ini la menjadi model handphone yang terbaik dan paling ramai penggunanya di Malaysia dan value untuk model ni boleh dikatakan tak jatuh pada zaman tu la.

Tapi itu cerita zaman abg long masa waktu tu, sekarang Nokia hanya tinggal sebagai kenangan sahaja dan jenama Nokia ni pun dah takda sekarang ni. Kejatuhan Nokia ni bermula bila lahirnya zaman model touch screen yang mana banyak pesaing-pesaing Nokia ni berlumba-lumba mengeluar model mereka dengan specifikasi terkini.

Nokia bukan tak mengelurkan model touch sceen mereka tapi abg long tak tahu mana silapnya mereka, kebanyakkan model mereka keluarkan itu kurang sambutan orang ramai. Apa yang abg long perhatikan berbagai-bagai telah mereka lakukan tapi masih tetap sama, walaupun mereka telah bekerjasam dengan Microsoft untuk memantapkan jenaman mereka.

Cuma sekarang ini jenama Nokia hanya tinggal pada nama sahaja. Ini kerana Nokia telah pun diambik alih oleh Microsoft dimana ia dikenali sebagai Microsoft mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>