Tuesday, February 3, 2015

Don't judge The Book By The Cover

Salam sejahtera,

Amboi tajuk orang putih tu abg long... Ala sekali sekala guna tajuk Internasional tengok macam mana boleh cari makan tak hehehe. Tapi korang jangan pulak rasa boring atau menyampah pulak bila membacanya nanti :). Apa pendapat korang bila lihat buku yang bertajuk macam ni.


Nampak macam ke sambungan buku ni je kan...


Tapi korang jangan ingat pulak buku permata yang hilang tu ada dalam simpanan abg long pulak ye ( iye ke ni hehehe ), buku yang satu lagi tu memang ada dalam simpanan abg long. Jadi masa ni la abg long nak guna tajuk blog abg long tu " Don't judge The Book By The Cover " dalam kes buku ni.

Abg long pun mula-mula tengok tajuk buku HAMKA tu pun ingat macam korang jugak, jap siapa pulak HAMKA ni. Abg long lupa pulak nak bagi tahu, HAMKA ni adalah penulis buku permata yang hilang kini dijumpai. Dan buku yang abg long cakap ada dalam simpanan abg long :).


Buku ini apa yang boleh abg long katakan memang sesuai untuk kita semua sebagai bahan bacaan santai tetapi ilmiah. Tapi korang jangan salah sangka pulak ilmiah kat sini bukan la merujuk kepada buku macam yang kat sekolah atau kat univesiti tu pulak ye. Apa yang terkandung dalam buku ini semuanya di ambik daripada blog penulis. Kalau korang nak tengok blog HAMKA ni boleh la klik kat sini.

Apa yang ilimiah tu abg long pasal buku ni, daripada bacaan abg long buku ini menceritakan perihal kahwin awal, perihal rumah tangga, hubungan suami isteri, poligami senang cerita la perihal hal ehwal semasa yang berlaku sekeliling kita dalam membina masjid dan jugak apa yang ada sekeliling kita ( macam berbelit je ayat abg long ni ).

Daripada segi penyampaiannya pulak, ada yang mengelikan hati, ada yang terkena batang hidung sendiri dan ada macam-macam la. Korang nak tahu jawapnya beli la sendiri ye, ala tak rugi pun beli. NAk jimat lagi cuba korang tengok kat sini ada lagi tak jualan pakej seperti kat bawah ni, Jika ada rezeki korang la kalau takda tu beli la jugak. Abg long nak cerita kat sini pun rasanya biak korang baca sendiri baru ada fill. betul tak? 


P/s : Abg long tulis ni bukan dapat komisen ye cuma nak galakkan korang minat membaca :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>