Wednesday, February 4, 2015

Jenama Pempers Yang Abg long Guna

Salam sejahtera,

Pertama kali abg long baru tahu ingatkan semua jenama pampers yang ada dijual kat pasaraya boleh dipakai untuk bayi. Rupa-rupanya tak, iye la pampers ni kena la jugak tengok kesesuaian pada kulit bayi, tahap kebocoran pampers ( walaupun iklan yang ada kat tv menunjukkan semua tahan bocor ), dan ada tu kesensitifviti kulit bayi.

Gambar Hiasan

Kekadang kaum bapa ni kurang peka sangat tentang hal ni, yang selalunya ambik tahu siapa lagi kalau tak kaum ibu. Tapi sejak abg long ni dah jadi mr mama ni, nampaknya abg long kena belajar jugak ni. Korang kena faham dulu tujuan abg tulis ni bukan la nak komdem jenama pampers yang ada, nanti kan tak pasal-pasal abg long kena pulak. Setiap orang ada pendapat masing-masing dalam bab ni, bagi abg long pulak korang baca la sendiri ye.

Ok untuk pampers si kecil abg long ni, abg long gunakan pampers yang jenama di bawah ni.


Jenama Hey baby ni abg long gunakan untuk si kecil abg long daripada 2 bulan hingga la sekarang, daripada harga jika abg long bandingkan dengan jenama lain hey baby ni paling murah. Selama menggunakannya abg long berpuas hati daripada keselesaan pada sikecil yang abg long tengok la.

Daripada tahap kebocoran tu minimum la, tengok pada kapasiti sikecil abg long minum la tambahan pulak sekarang dengan si kecil yang dah mula belajar makan dan keaktifannya, abg long tengok tahap bocornya masih ok lagi.

Bagi pelekatnya abg long paling suka sebab ia ketat bila melekat masa memakainya. Kekadang sampai terkoyak bila time nak buka pampers tu. Cuma jangan bagi pelekat tu terkena minyak je, tu patang larang nak guna pampers ni :) agak abg long la hehehe.

Bukan abg long tak pernah nak guna jenama lain tapi setakat ni memang abg long berpuas hati dengan jenama ni. Amboi abg long macam nampak komisen je, beriya-iya upkan jenama hey baby ni. Ala korang ni pantang abg long tulis je, abg long nak kongsi je dengan korang mana la tahu ia sesuai jugak dengan korang.

Macam yang abg long tulis tadi, abg long bukan nak kondem jenama lain. Apa yang abg long tulis ni daripada pengalaman abg long sendiri, mana la tahu elpas ni bila dah tak sesuai mungkin abg long guna jenama lain pulak.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>