Thursday, February 12, 2015

Perginya 2 Tokoh

Salam sejahtera,

Negara kita Malaysia dikejutkan dengan kepermergian 2 orang tokoh yang tiada gantinya iaitu Dato Hasbullah Awang dan jugak Tuan Guru Datuk Nik Azizi Nik Mat.

Allahyarham Dato Hasbullah Awang

Allahyarham Dato Hasbullah Awang 63, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung kira-kira pulak 12.20 tengah hari tadi dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning, Shah Alam.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Hazida Alang Ahmad, 58, selain empat anak serta tujuh cucu.


Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat

Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi menjalani rawatan kanser prostat dimana telah berada ditahap empat.

Allahyarham meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan 10 orang (5 lelaki dan 5 perempuan).

Al-fatihah untuk mereka.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>