Sunday, February 15, 2015

Tak Salah Jika Kita Menjadi " Munafik "

Salam sejahtera,

Mesti korang terkejutkan dengan tajuk yang abg long tulis ni? Abg long sendiri pun terfikir apa la penerimaan korang bila abg long tulis tajuk macam tu. Tapi bila abg long lihat semula, abg long rasa memang sesuai la dengan keadaan semasa sekarang ni. Cuma abg long harap korang sudi membacanya dan jika ada komen tu memang abg long alu-alukan.


Abg long sendiri pun bukannya manusia yang sempurna, tapi cuba untuk menjadi sempurna. Abg long jugak bukan la nak cari siapa yang salah dan siapa yang betul. Abg long jugak sedar siapa la abg long ini jika dibandingkan dengan korang kat luar sana.

Dengan apa yang telah terjadi sekarang ni, abg long mula berfikir dan abg long mula sedar rupanya kita ni termasuk la diri abg long ni MUNAFIK. Korang mesti terkejutkan, berat jugak tuduhan abg long ni... Tak kira la siapa pun korang, tak kira la apa pun pangkat korang, baik tua atau muda, itu la hakikatnya TANPA KITA SEDAR.
Korang sendiri pun tahu definasi MUNAFIK tu kan, jadi abg long tak payah la hurai dengan panjang lebar. Apa yang nak abg long kongsikan kat sini ada lah hadis ini.
  " Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.
  • Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
  • Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
  • Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati ".
 Abg long harap korang faham betul-betul hadis tu ye...

Sebenarnya abg long nak kaitkan tajuk yang abg long tulis ni dengan apa yang telah berlaku kat dalam Negara kita ni. Dan terus terang abg long katakan la sumber rujukan bagi abg long selain media cetak adalah media elektronik atau kata lainnya media sosial.

Apa yang abg long lihat kita ni bila bagi pendapat atau luahkan perasaan boleh jugak tahan kekadang tu siap dengan bukti terkini hiburan sensasi. Adakala ia bentuk menghiburkan hati, adakala ia bentuk sindiran, adakala ia bentuk kutukan dan banyak lagi la. Kat mana tu abg long dapat semua cerita ni, jangan reka cerita sudah la... Abg long bukan nak reka atau nak jadi penglipur lara, semua tu ada kat sumber sebagaimana yang telah abg long sebutkan dan yang pasti abg long lebihkan pada media sosial seperti Facebook, Twitter. Korang sendiri pun boleh lihat kan.


Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Apakah Kod CINTA Anda?
                                    Sponsor Ads

Apa yang boleh abg long katakan setiap apa yang kita tulis tu boleh dikatakan ' ikut suka aku ', begitu jugak jika meluahkan pendapat sama sahaja. Abg long terfikir adalah semua yang ditulis atau meluahkan tu ada bukti, atau fakta yang menyokong? jika apa yang ditulis atau yang diluahkan tu berkaitan dengan hati dan perasaan seseorang, bagaimana pulak ye?

Memang betul bukan senang untuk kita memaafkan orang lain baik masih hidup atau yang dan meninggal. Tapi walaupun sebenci mana pun kita kepada orang tu, apa salahnya sesekali kita menjadi MUNAFIK bagi menyenang hati mereka. Tidak kah korang fikirkan jika orang yang kita marah tu ditimpa musibah, yang mana memerlukan pertolongan kita.

Hidup kita ni ibarat roda ada kalanya di atas ada kalanya di bawah, abg long sendiri pun pernah mengalaminya sendiri maksud abg long memarahi dan yang paling teruk abg long dendam pada seorang hamba allah. Tapi bila berlakunya musibah pada keluarga hamba allah tu dengan muka yang manis hati yang cuba seikhlas baik, abg long pergi melawat keluarga hamba allah tu. Terus terang abg long dah berMunafik disitu, demi ikatan kekelurgaan dan juga hubungan sesama islam abg long memaksakan diri jadi begitu.

Begitu juga la dengan korang tak salah jika korang menjadi MUNAFIK, walaupun korang tak suka tapi apa salahnya jika korang bertukar watak seketika, bagi menjaga perasaan baik orang yang berhampiran dengan korang dan jugak yang berada disekeliling dengan korang. Biar la kemarahan atau dendam tu kita simpan seketika sebagaimana yang abg long buat.

Abg long harap korang faham la ye apa yang abg long tulis tu, kalau tak faham tu takpa la. Tapi sekali lagi abg long nak tegaskan abg long bukan nak menyesong atau mangajar ajaran sesat kat korang pulak cuma abg long nak bagi suatu gambaran yang abg long sinonimkan dengan suatu perkataan. Jika korang rasa abg long dah melampau, abg long mohon kemaafan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
>